seismik

“Malaysia Boleh!” - Sofyank Akhirnya Tampil Dengan Video Kolaborasi Bersama Zach King

Bukan biasa-biasa skill Sofyank ini ya.

Cover image via @zachking (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, Sofyank telah berkongsi kemenangannya menjadi juara dalam Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Month di Los Angeles yang dianjurkan oleh Zach King

Kemenangannya itu berjaya membanggakan nama Malaysia di persada dunia. Secara ringkasnya, pertandingan ini menampilkan tiga orang penyunting video yang dipilih untuk menghasilkan sebuah video VFX (visual effects).

Sekali lagi, Sofyank terus mencipta kejutan apabila tampil dengan video trick baharu hasil kolaborasinya bersama artis VFX terkenal yang juga idolanya iaitu Zach King. 

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Kolaborasi bersama Zach King dalam video trick baharu di kafe

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zachking di Instagram, kelihatan kedua artis VFX itu sedang membuat satu video yang menampilkan trick baharu berlatarkan sebuah kafe.

Dalam video tersebut memaparkan Zach King menjadi pelayan di kafe berkenaan dan menghantar kopi latte yang dipesan oleh Sofyank.

Yang menariknya, apabila Sofyank dilihat cuba menyatakan bahawa dia membuat pesanan coffee cake yang menyebabkan Zach King memotong kopi tersebut yang di mana bertukar menjadi kek.

Untuk menikmati makanan tersebut, Sofyank juga dilihat mengambil papan menu kafe berkenaan dan menukarnya menjadi napkin.

Sofyank atau nama penuhnya, Mohamad Sofian turut memuat naik sebuah kenyataan dalam laman Twitter yang menzahirkan perasaan gembiranya dan teruja akan video kolaborasi magik bersama idolanya, Zach King.

Katanya, dia juga tidak tahu bahawa pemenang pertandingan cabaran VFX itu berpeluang untuk merakam video bersama-sama dengan Zach King.

Zach King juga dilihat meninggalkan komen dalam ruangan Instagram nya dan berkata Sofyank merupakan sahabatnya dari Malaysia dan seorang artis VFX yang sangat berbakat serta meminta untuk semua sama-sama menonton karya anak kelahiran Kelantan itu.   

"When your idol became your partner" - Netizen

Susulan tularnya posting berkenaan, kini ia mencecah sehingga 532.9K likes dan 3,735 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berbangga akan pencapaian dan mengucapkan kata tahniah kepada Sofyank. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terbaik, kami semua rakyat Malaysia bangga dengan Sofyank!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: