seismik

"Malasnya Pergi Kerja" - Jika Anda Pernah Rasa Seperti Ini, Ertinya Anda Hadapi 'Burnout'

Rasa yang sukar untuk dijelaskan. Tapi perasaan malas dan tidak bersemangat untuk ke tempat kerja.

Cover image via bustle.com

Tidak dapat dinafikan, apabila sudah lama berkhidmat di sesebuah syarikat, akan datangnya perasaan 'malas' dan 'liat' untuk ke tempat kerja

Image via Giphy

Memang benar, tiada kerja yang sempurna walaupun diri sendiri merasai bahawa sudah mencintai dan menyukai kerjaya yang dilakukan. Namun begitu, pada masa-masa tertentu pasti anda akan mula rasa bosan dan letih.

Malahan, pekerjaan yang dilakukan juga terasa seperti sudah muak dan lahir perasaan di mana diri merasa sudah melakukan yang terbaik sehingga tiada apa lagi yang boleh disumbangkan.

Jika anda sudah mulai merasakan perasaan seperti ini, disarankan untuk berpindah ke jabatan yang berbeza, tugasan dan tanggungjawab lain ataupun tukar tempat kerja dengan suasana berlainan. Dengan cara ini, sedikit sebanyak boleh membantu anda menaikkan kembali semangat dan lebih kreatif untuk bekerja.

Tambahan pula, pengaruh dari emosi dan faktor persekitaran di tempat kerja juga memainkan peranan yang besar

Image via Giphy

Selalunya tanda anda tidak bahagia dengan pekerjaan yang dilakukan akan muncul apabila anda sudah mula kekurangan motivasi untuk menyelesaikan sesuatu perkara di pejabat. Anda juga akan merasakan tiada motivasi untuk mengembangkan kemampuan dan pengetahuan dalam menyempurnakan kerja.

Selain itu, jika semangat bangun pagi untuk ke tempat kerja sudah menipis dan hilang, anda akan merasakan bahawa sesuatu kerja yang diberikan adalah beban buat anda.

Ia termasuk jika tiada hubungan baik di antara rakan sekerja dan pegawai atasan.

Tahukah anda, jika berperasaan seperti terasa murung untuk ke tempat kerja serta memikirkan tugasan yang perlu diselesaikan, ia bermakna anda hadapi Burnout?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Webincome4me

Menurut Public Health Malaysia, burnout adalah keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan. Kebanyakkan kes burnout berpunca daripada faktor kerja.

Sebagai contoh:

1) Beban kerja yang terlalu banyak dan tidak boleh menampung dari segi fizikal menyebabkan rasa letih dan lesu.

2) Bekerja terlalu kuat tanpa rehat dan bersosial.

3) Tidak cukup tidur.

4) Kurang sokongan daripada segi perhubungan sesama rakan sekerja, majikan dan keluarga.

5) Wujudnya rasa bosan terhadap kerja yang dilakukan kerana organisasi membenarkan pekerja bekerja dengan potensi mereka sepenuhnya dan membawa kepada perasaan tidak puas hati.

Sebab itulah anda disarankan untuk mengambil cuti dan rehatkan minda jika mengalami gegala-gejala seperti di atas

Gambar sekadar hiasan.

Image via newsweek.com

Untuk pengetahuan anda, fenomena 'burnout' ini mampu memberikan kesan yang tidak elok kepada kesihatan mental dan fizikal anda jika ianya berlaku secara berterusan.

P/S: Dalam hal seperti ini jangan terlalu 'push' diri, kesihatan mental dan fizikal juga penting untuk dijaga. Kalau perlu cuti, ambil sahaja cuti, ok? ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Isu seperti ini jangan pernah diambil mudah, ramai yang sudah terkandas:

You may be interested in: