seismik

Kisah Sayu 'Makcik Cleaner' 63 Anak Ini Akan Buat Kita Lebih Bersyukur Dengan Hidup

Kalau kita rasa hidup kita susah, ada orang yang lagi susah daripada kita.

Cover image via Facebook Jean Vaneisha

Perkenalkan Ibu Sunarti dari Surabaya, Indonesia. Ibu Sunarti kini bekerja sebagai seorang cleaner di Nu Sentral, Kuala Lumpur.

Kisah sayu Ibu Sunarti ini telah dikongsikan oleh seorang netizen di Facebook, Jean Valeisha semasa kunjungannya ke Nu Sentral pada Ahad lalu.

Semasa Jean ingin meninggalkan tandas, tiba-tiba dia ditegur oleh seorang makcik cleaner (Ibu Sunarti) di situ dengan sapaan "Terima kasih si cantik."

Jean yang terkejut dengan sapaan itu kemudian toleh ke belakang dan nampak seorang makcik cleaner sedang memegang sebatang mop sambil pandang ke arahnya. Mereka berdua pun mula berbicara:

Jean yang ingin tahu lebih lanjut tentang makcik cleaner itu kemudian bertanya tentang perihal anaknya.

"63 semuanya nak, ada di Malang, Surabaya," makcik itu menjawab.

Ternyata, jawapan sebegitu sememangnya agak membingungkan bagi sesiapa yang dengar buat kali pertama, termasuk Jean sendiri.

Macam mana makcik itu mempunyai anak yang begitu ramai?

Ikuti terus kisah sayunya:

Anak tunggal Ibu Sunarti meninggal dunia pada usia 32 tahun. Beliau yang keseorangan kemudian membuat keputusan untuk menjaga anak-anak yatim di tempat tinggalnya itu.

Beliau bekerja semata-mata demi menyara kehidupan 63 anak yatim tersebut.

Jean yang ingin meninggalkan tandas pada mulanya tadi tidak berganjak dari situ selama 30 minit untuk mendengar luahan dan kisah hidup Ibu Sunarti.

Jean juga agak kagum dengan sikap keterbukaan Ibu Sunarti yang sanggup berkongsi cerita dengan orang yang tidak dikenalinya.

Status ini dimuat naik pada 6 September 2015 dan telah mendapat hampir 847 shares dan 3,259++ likes semasa artikel ini ditulis

Kami harap, ketabahan dan kegigihan Ibu Sunarti menjaga 63 anak yatim ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita semua.

Ingatlah, masih ramai orang di luar sana yang lebih memerlukan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.

Semoga dipermudahkan segalanya Ibu Sunarti :')

Image via shandymedia.com

"Saya percaya bahawa setiap amalan kecil yang kita lakukan mampu membuat perubahan." Begitulah kata-kata Ibu Sunarti yang benar-benar berlaku kepada gadis ini bulan lepas:

You may be interested in: