seismik

8 Makanan ‘Best’ & Original Yang Anda Tak Boleh Dapat Di Kuala Lumpur. Serius Lapar!

Memang berbaloi jalan jauh, tak rugi tau.

Cover image via SAYS

Musim cuti sekolah ini tak tahu nak ke mana? Jangan risau sebab kami ada beberapa cadangan untuk anda explore tempat-tempat ini!

Apa salah satu benda paling best sekali duduk kat Malaysia ni? Sudah semestinya MAKANAN! Malaysia dikenali sebagai syurga makanan yang menyediakan pelbagai jenis juadah enak daripada pelbagai kaum yang datang dari latarbelakang dan adat resam yang berbeza.

Cuti sekolah belum habis, bila lagi nak explore? Jom tengok senarai kat bawah ni:

1. Apam Johol di Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Image via Bicara Kak Noor

Kalau di Kuala Lumpur, anda boleh dapatkan kuih apam dalam pelbagai warna dan juga bentuk seperti apam balik, apam pelangi, apam putih dan apam berkuah tetapi berlainan pula di Kuala Pilah.

Apam Johol ini dibaluti dengan daun rambai dan rasanya tidak manis seperti apam yang lain. Ia biasa dimakan bersama sambal, rendang, kuah kacang, kuah daging ataupun kuah durian. Apam ini juga mampu menarik perhatian sesiapa sahaja dengan baunya yang wangi, bentuknya yang gebu dan lembut dan juga rasanya yang tidak terlalu manis.

Lokasi: No 20 A, Kampung Kuala Sungai Dua, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Sila layari Facebook Apam Johol untuk maklumat lanjut.

2. Mee Udang di Kuala Sepetang, Taiping

Image via SiKetamBatu

Memang jarang sekali untuk anda jumpa Mee Udang yang perfect di Kuala Lumpur! Kalau anda mahukan rasa Mee Udang yang memang awesome, ke Kuala Sepetang lah jawabnya.

Mee Udang ini mempunyai rasa yang sangat unik. Mee ini dihidangkan bersama udang galah, kalau anda seorang yang peminat makanan pedas bolehlah tambah cili jeruk untuk rasa pedas yang mengancam.

Lokasi: Mee Udang Mak Jah, Kg. Menteri, Kuala Sepetang, Taiping.

Sila layari laman Facebook Mee Udang Mak Jah untuk maklumat lanjut.

3. Lemang To'Ki di Bentong, Pahang

Image via GoBentong

Selalunya lemang ini dihidangkan sewaktu hari raya ataupun rumah terbuka saja, tetapi jika anda berkesempatan ke Bentong boleh lah singgah ke gerai makan ini.

Dari Plaza Tol Gombak, hanya kira-kira 40 minit sahaja diperlukan jika menunggang motosikal dalam kelajuan biasa untuk sampai ke kedai Lemang To'Ki yang terletak di jalan utama Bentong-Kuala Lumpur.

Menghidangkan lemang dan rendang sebagai menu utama, gerai ini telah beroperasi sejak tahun 2006.

Walaupun lokasinya agak jauh, tetapi ramai juga antara mereka yang sanggup ke sini untuk mendapatkan lemang yang berkualiti.

Lokasi:Jalan Tras, Bentong, Pahang, 28700.

Sila layari laman Facebook Lemang To'Ki untuk maklumat lanjut.

4. Nasi Ganja di Ipoh, Perak

Image via TripAdvisor

Nasi Ganja ini memang tak boleh didapati di mana-mana tempat kecuali di Ipoh. Nasi yang nampak seperti Nasi Kandar ini memang menyelerakan. Setiap kali ke Ipoh, nasi ini pasti akan menjadi tumpuan orang ramai.

Gerai makan yang menyediakan Nasi Ganja ini tidak pernah lenggang, selalu saja dipenuhi oleh pelanggan. Yang paling best*nya tentang Nasi Ganja ini, harganya memang berbaloi.

Lokasi:* 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak, Malaysia

5. Roti Kacang Pool di Johor Bahru

Image via Saji

Mungkin anda tak tahu, tapi ramai antara mereka yang tinggal di Kuala Lumpur yang sanggup ke Johor Bahru demi roti ini.

Roti Kacang Pool ini dihidangkan bersama kuah kacang pool dan telur mata. Seperti gambar di bawah ini, saiz rotinya sungguh gebu dan teksturnya yang lembut pasti akan buat anda puas hati berjalan jauh!

Lokasi: No 3, Medan Selera Larkin Bomba, Susur 5, Jalan Tun Abdul Razak, Larkin 80350, Johor Bahru.

Sila layari laman Facebook Haji Larkin untuk maklumat lanjut.

6. Laksa Ikan Sekoq di Alor Setar, Kedah

Image via Dunia Kami

Kebiasaannya laksa dihidangkan bersama telur, timun, mee dan cili padi tanpa lauk tambahan tetapi berlainan pula bagi laksa di Alor Setar ini. Bukan saja kuahnya dipenuhi dengan isi ikan malah mereka juga menghidangkan seekor ikan kembung di dalam laksa tersebut.

Apa yang menariknya di gerai ini ialah anda boleh menambah makanan anda secara percuma. Harga sebuah mangkuk laksa hanyalah RM5 saja. Hidangan laksa ini pula memang besar, jadi tidak rugi untuk anda ke Alor Setar hanya untuk laksa ini!

Lokasi: 19, Jalan Gangsa, Taman Wira Mergong, 05350 Alor Setar, Kedah

7. Kuih Keria Gula Melaka di Melaka

Image via Rebecca Saw

Juadah minum petang memang tidak lengkap tanpa kuih keria, jika di Kuala Lumpur memang selalu saja anda nampak kuih keria. Tetapi pernahkah anda mencuba kuih keria yang menggunakan gula melaka?

Kuih Keria Gula Melaka ini memang terkenal di Melaka, rasanya yang manis dan juga bahan-bahan unik yang digunakan untuk menyediakan keria ini adalah sebab mengapa ramai orang menggilainya.

Jangan terkejut, tetapi ramai antara pelanggan yang sanggup berulang alik dari Kuala Lumpur untuk mendapatkan kuih keria ini.

Lokasi:Kuih Keria Haji Jalil Limbongan, 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75200 Melaka.

8. Roti Bakar Telur Goyang di Georgetown, Pulau Pinang

Image via Crisp Of Life

Jika sebelum ini kami tunjukkan Roti Kacang Pool di Johor, kini kami tunjukkan pula anda Roti Bakar Telur Goyang yang terletak di Georgetown.

Hidangan ini memang terkenal dalam kalangan warga Pulau Pinang dan juga seluruh Malaysia, ramai antara mereka yang berjalan jauh demi beratur untuk mendapatkan roti ini.

Roti bakar ini hanyalah seperti roti bakar biasa yang lain, apa yang membuatkan ia berlainan dari roti yang lain adalah mereka meletakkan telur separuh masak di atas roti tersebut untuk memberi rasa yang lebih menarik.

Lokasi: Jalan Transfer, 10050 Georgetown, Pulau Pinang.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cerita tentang makanan, anda mesti tak tahu kan tempat-tempat dengan nama pelik di Malaysia? Nak tahu, klik sini:

You may be interested in: