Majlis Fatwa Digesa Haramkan Perbualan Antara Lelaki Dan Wanita Bukan Mahram Di Internet
Majlis Fatwa Kebangsaan diminta mengikut contoh Iran yang mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan perbualan di media sosial antara lelaki dan perempuan bukan mahram.
Iran Mengeluarkan Fatwa Terbaru Yang Mengharamkan Persembangan Di Media Sosial Antara Lelaki Dan Perempuan Bukan Mahram Pada 9 Jan 2014
Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei, semalam mengeluarkan fatwa terbaru bahawa perbualan atau bersembang di media sosial antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram kerana boleh mendorong perbuatan maksiat.
Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei, semalam mengeluarkan fatwa terbaru bahawa perbualan atau bersembang di media sosial antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram kerana boleh mendorong perbuatan maksiat
Image via mysuara.netMufti Pahang Dan Pulau Pinang Sokong Fatwa Tersebut Dan Menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan Supaya Mewartakan Fatwa Tersebut Di Malaysia
Mufti Pahang Dan Pulau Pinang Sokong Fatwa Tersebut Dan Mengesa Majlis Fatwa Kebangsaan Supaya Mewartakan Fatwa Tersebut Di Malaysia
Image via blogspot.comFatwa itu disokong Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, yang menurut mereka perbualan bukan muhrim menerusi media sosial tanpa batasan hingga mendorong perlakuan maksiat, adalah haram.
Sehubungan itu, mereka mahu Majlis Fatwa Kebangsaan mewartakan fatwa dan menyediakan garis panduan mengenai perbuatan ini bagi mencegah penularan pelbagai kegiatan bertentangan Islam yang turut dikesan menjadi faktor keruntuhan institusi perkahwinan umat Islam.
Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengkaji keperluan untuk mewartakan fatwa supaya melarang perbualan berbaur maksiat.
Mufti Pahang Kata Perlakuan Maksiat Atau Gejala Bertentangan Islam Juga Dilarang Walaupun Di Media Sosial
Mufti Pahang Kata Perlakuan Maksiat Atau Gejala Bertentangan Islam Juga Dilarang Walaupun Di Media Sosial
Image via blogspot.comAbdul Rahman berkata, masyarakat hari ini berpandangan pergaulan bukan muhrim di media sosial tanpa batasan tidak melanggar hukum Islam kerana ia tidak membabitkan pertemuan secara fizikal.
Katanya, pergaulan yang menjurus kepada maksiat atau bertentangan Islam tetap dilarang dalam Islam, walaupun di media sosial.
malaysiakini.com“Contoh mudah adalah memberi salam. Jika tidak ada tujuan dan disalah guna untuk permulaan perbualan kurang berfaedah, ia tidak wajib dijawab.
“Melihat pasangan yang bukan muhrim tanpa ikatan sah di media sosial juga tidak dibenarkan.
“Perbuatan ini dilarang dalam Islam kerana boleh mengundang nafsu,” kata Abdul Rahman seperti dipetik dalam laporan itu.
malaysiakini.comMufti Pulau Pinang Kata Perbualan Antara Lelaki Dan Perempuan Bukan Mahram Yang Ada Unsur-Unsur Maksiat Wajib Difatwakan Haram
Mufti Pulau Pinang Kata Perbualan Antara Lelaki Dan Perempuan Bukan Haram Yang Ada Bibit-Bibit Maksiat Wajib Difatwakan Haram
Image via penang.gov.myHassan pula berkata, wujud keperluan untuk melarang perbualan bukan muhrim terutama menerusi media sosial jika isi kandungannya berbaur maksiat.
Malah, katanya, perbualan yang bertujuan untuk menyebarkan dakyah dan perkara yang bercanggah dengan Islam juga wajar diberi perhatian supaya mengekang penularan ajaran sesat yang dilihat semakin berleluasa.
Kalau perbualan antara lelaki dan perempuan bukan mahram itu ada bibit-bibit maksiat memang wajib difatwakan haram. Tetapi jika ia sekadar untuk bertukar pendapat dan ke arah kebaikan, tiada masalah.
Sebaiknya, fatwa untuk melarang gejala maksiat dan bertentangan dengan Islam seperti ini dilaksana dengan terperinci supaya masyarakat tidak keliru dan boleh mempraktikkannya, sejajar dengan seruan Allah supaya menentang kemungkaran, katanya.