seismik

Majikan Tiada Hak Untuk Berhentikan Pekerja Serta Merta, Boleh Didenda RM10,000

Pekerja juga mempunyai hak untuk membela nasib.

Cover image via SAYS

Berdasarkan undang-undang, majikan sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya memberhentikan pekerja begitu saja

Image via The Malay Mail

Walaupun menghadapi masalah, majikan tetap tidak berhak untuk membuang pekerja.

Di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265), pekerja juga boleh menuntut haknya apabila diberhentikan oleh majikan.

Selain itu, majikan juga tidak boleh membuang pekerja tempatan semata-mata untuk menggantikannya dengan pekerja asing.

Perkara ini jelas sekali melanggar undang-undang.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata setiap pekerja diberikan beberapa perlindungan asas daripada diberhentikan secara tiba-tiba seperti tempoh notis dan bayaran gaji.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib.

Image via ismaweb.net

"Majikan hendaklah memberikan tempoh notis atau membayar gaji ganti notis mencukupi mengikut kontrak perkhidmatan, namun tidak kurang daripada yang ditetapkan di bawah seksyen 12 (2) Akta Kerja.

"Majikan juga diwajibkan membayar faedah pemberhentian kerja mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak boleh kurang dari kadar yang ditetapkan dalam peraturan kerja, faedah penamatan dan henti kerja sementara 1980," katanya.

Tambahnya lagi, majikan perlu memberhentikan pekerja asing dahulu sebelum pekerja tempatan

"Di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265), seksyen 60 menetapkan tiada majikan boleh sewenang-wenangnya menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan untuk mengambil pekerja asing.

"Maknanya kerajaan akan bela pekerja tempatan. Kalau ada pemberhentian pekerja, berhentikan dulu pekerja asing. Di bawah akta sama, kegagalan majikan mematuhi peraturan, mereka sudah melakukan kesalahan dan boleh disabitkan denda tidak lebih RM10,000," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Adakah anda tergolong dalam 3 industri ini?

You may be interested in: