seismik

"Majikan Of The Year" - Tutup Kilang 5 Hari, Khairul Aming Bawa Staff Bercuti Di Langkawi

Bestnya ada majikan macam ni.

Cover image via @khairulaming (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, nama influencer dan juga usahawan, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman bukanlah asing lagi

Konten-konten masakan yang dimuat naik di media sosial sepanjang Ramadan saban tahun memudahkan masyarakat yang berpuasa mendapat idea untuk membuat juadah berbuka.

Dia yang juga terkenal dengan produk Sambal Nyet juga dilihat aktif berkongsi perkembangan perniagaannya yang mendapat sambutan ramai dan memuji tindakannya dalam menguruskan empayar sendiri.

Terbaru, Khairul Aming telah berkongsi momen membawa staf-stafnya bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah sebagai satu reward untuk mereka.

Tonton video penuh di bawah:

Kongsi rezeki dengan semua 60 pekerja bercuti di Langkawi

Bukan itu sahaja, Khairul Aming juga sanggup 'berhabis' demi menggembirakan para pekerjanya dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang percutian di hotel mewah di Langkawi tersebut.

“Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama 5 hari untuk bawa kesemua 60 staff bercuti di Langkawi. Kita sediakan hotel 5 bintang, jet ski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tengok sunset & duit belanja untuk diorang shopping. Alhamdulillah semua staff happy,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.

Dalam video berkenaan, kakitangannya dibawa untuk check in di sebuah hotel lima bintang di pulau peranginan tersebut.

Difahamkan, pada hari pertama, kesemua staf diberikan kebebasan untuk melakukan aktiviti masing-masing antara bermain bola tampar pantai, menikmati keindahan laut di tepi pantai dan sebagainya.

Sediakan dua buah private yacht cruise untuk enjoy sunset

Keesokan harinya, Khairul Aming membuat kejutan kepada pekerjanya dengan menyediakan dua buah private yacht cruise.

“Esok tu, aku buat surprise sikit, aku sediakan dua private yacht curise untuk diorang tengok sunset.

“Cruise ini tak campur dengan orang luar, untuk sesama diorang sahaja and then diorang boleh lah enjoy matahari terbenam sambil berenang dengan laut,” kongsinya dalam video itu.

Kedua-dua yacht berkenaan juga dibahagikan kepada pekerja lelaki dan pekerja wanita.

Lebih menyeronokkan lagi, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di atas private yacht cruise itu seperti mandi dalam tab jakuzi, berehat, mandi laut, menaiki jet ski dan makanan turut disediakan bersama.

Siap sediakan duit belanja untuk staff shopping

Selain itu, pengasas Sambal Nyet itu juga turut menyediakan duit belanja kepada para pekerjanya untuk shopping sakan.

“Malam tu pula, kita sediakan duit poket untuk diaorang shopping. Yang ni bebas, korang boleh keluar, pergilah shopping nak beli coklat ke beli apa, spend lah duit tu sampai habis,” katanya lagi.

Dari riak wajah yang ditunjukkan, mereka sangat gembira dengan layanan yang diberikan oleh majikan.

Kegembiraan 60 pekerja Khairul Aming tak berhenti di situ, mereka juga dibawa melawati pelbagai kawasan menarik di sekeliling pulau berkenaan.

Antaranya Underwater World Langkawi, aktiviti mangrove, lawati kawasan paya bakau, snorkelling, melihat ikan, memberi makanan kepada burung helang, singgah di gua dan sebagainya.

Khairul Aming turut membawa para pekerjanya menaiki cable car di Langkawi untuk menikmati view sekeliling pulau peranginan tersebut.

Terakhir, beliau juga membawa kakitangan mereka yang telah bekerja keras ke sebuah restoran untuk menjamu selera.

“Finally, kita reserve satu restoran dekat sana untuk diorang makan ramai-ramai dalam tu, enjoy masakan kampung. Alhamdulillah, kesemua 60 orang staff sangatlah happy,” ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: