seismik

Majikan Boleh Kena Denda RM10,000 Kalau Staff Tak Dapat Cuti Pada 24 April

Kerajaan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara, bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Cover image via gulfnews.com

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata majikan wajib memberi cuti kepada seluruh pekerja pada 24 April 2017

Datuk Shamsuddin Bardan.

Image via MTUC

Jika gagal, majikan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000.

Dalam satu temu bual dengan Sin Chew, Shamsuddin berkata cuti kebangsaan ini telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan di bawah Seksyen 8 1951 Akta Cuti Umum.

"Jika kerajaan negeri yang mengumumkan cuti, majikan mempunyai hak sama ada ingin memberi cuti kepada pekerja atau tidak. Tetapi, jika pengumuman cuti dibuat oleh kerajaan persekutuan, majikan perlu mematuhi arahan, atau mereka boleh dikenakan denda RM10,000," katanya.

Menurut Shamsuddin, kerajaan persekutuan jarang sekali mengumumkan cuti di bawah akta ini, melainkan jika berlaku kemangkatan seorang tokoh diraja atau ketua negara

Image via JobStreet

Penduduk yang tinggal di Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis akan mendapat satu hari cuti tambahan memandangkan Israk dan Mikraj disambut pada 24 April.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdul Halim Bin Mansor berkata semua syarikat kerajaan dan swasta perlu mematuhi cuti ini sebagai tanda hormat

Abdul Halim Bin Mansor.

Image via World Economic Forum/Flickr

"Ia merupakan satu bentuk penghormatan kepada YDPA. Saya faham sesetengah syarikat mungkin sudah mempunyai rancangan pada hari itu, tetapi kerajaan persekutuan telah memberi notis 20 hari, jadi saya percaya pertimbangan boleh dibuat.

"Jika syarikat memutuskan untuk tidak memberi kebenaran bercuti kepada pekerja, mereka boleh dihukum," katanya.

Selain itu, beliau berkata jika pekerja perlu bekerja pada hari itu, majikan wajib membayar gaji dua kali ganda

"Saya tak nampak apa sebab majikan tidak mahu memberi kebenaran bercuti pada 24 April, kerana istiadat pertabalan Agong hanya berlaku sekali dalam lima tahun.

"Tetapi jika mereka tetap memilih untuk membiarkan pekerja mereka bekerja pada hari itu, mereka wajib membayar gaji dua kali ganda," katanya lagi.

24 April 2017 telah diisytiharkan sebagai cuti umum sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, 2 acara utama akan diadakan di Istana Negara pada hari itu, iaitu Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan, pada sebelah malam.

Tambahan, katanya, 2 acara lain turut akan diadakan, iaitu Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat di Masjid Putra, Putrajaya pada 20 April ini dan Pameran Raja Kita di Muzium Diraja pada 2 Mei nanti.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: