seismik

Jangan Muat Naik Gambar 'Baby Bump' Di Sosial Media, Pesakit Maiesiofilia Sedang Memerhati

Jaga-jaga.

Cover image via Farah Abd Halim/Facebook

Perkataan 'pedofilia' mungkin sudah biasa anda dengari iaitu gangguan psikologi di mana individu dewasa yang bernafsu terhadap kanak-kanak bawah umur.

Tetapi pernah atau tidak anda mendengar perkataan 'maiesiofilia'?

Maiesiofilia adalah satu gangguan psikologi yang dialami oleh individu dewasa yang tertarik dan bernafsu dengan wanita mengandung atau dalam erti kata lain iaitu pregnancy fetishism.

Individu yang mempunyai penyakit ini digelar maiesiofiliac. Sebenarnya terdapat beberapa fantasi yang mungkin dialami mereka. Ada yang tertarik pada peringkat tertentu semasa kehamilan.

Seperti pedofil, individu yang mempunyai penyakit maiesiofilia ini juga berada di mana-mana saja

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Farah Abd Halim telah memuat naik beberapa keping gambar di laman tersebut memberitahu bahawa golongan ini sangat banyak di laman sosial tersebut.

Dia menunjukkan beberapa akaun Facebook yang disyaki maiesiofiliac dan juga beberapa group yang berkongsi gambar-gambar ibu mengandung.

Baca perkongsiannya di bawah:

Hai, kepada semua yang pregnant tu, tak perlu la post gambar perut korang yang memboyot tu ok. cuba google apa tu MAESOPHILIA. Sejenis manusia yang bernafsu tengok perempuan2 mengandung / gambar bump korang. Diorang ni ada group di page, whatsapp wechat dll lagi. Siap kumpul gambar2 perempuan2 mengandung yg post di media sosial ni. tak ada apa yang nak dibanggakan dgn baby bump tu, simpan / sorok selagi boleh sbb tu kan aurat juga. malu kalau org lain tengok. mata2 yang memandang tak sama, dalam akal diorang mcm2 yang dibayangkan. take note la semua, kurangkan / tak perlu update langsung k. nasihat pada semua kaum wanita termasuk diri saya sendiri.

Post tersebut telah menerima lebih 3 ribu perkongsian di Facebook dan rata-rata netizen sangat terkejut dengan post berkenaan

Dinasihatkan agar ibu-ibu mengandung di luar sana untuk berhati-hati dan elakkan daripada memuat naik gambar anda di laman sosial supaya tidak menjadi mangsa individu tak bermoral ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pedofil pun semakin ramai sekarang, berhati-hati semua:

You may be interested in: