seismik

Mahkamah Rayuan Umum Tarikh Pengurusan & Keputusan Kes Syed Saddiq Ditangguh 24 April Ini

Difahamkan, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan perlu masa untuk meneliti hujahan.

Cover image via Kosmo! & BERNAMA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh 24 April 2025 untuk pengurusan kes prosiding Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman bagi empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA)

Menurut laporan Buletin TV3, perkara tersebut dimaklumkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

"Kami perlu masa untuk meneliti hujahan, dan menetapkan 24 April sebagai tarikh pengurusan kes dan tarikh keputusan," katanya.

Image via BH Online

Pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas mendapati Ahli Parlimen Muar itu bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana ARMADA

Difahamkan, Syed Saddiq didakwa melakukan pecah amanah dan bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada Bersatu melibatkan dana berjumlah RM1 juta milik parti itu mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Beliau juga didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu sebanyak RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Selain itu, Ahli Parlimen Muar itu juga berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera.

Pertuduhan terbabit dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Image via BERNAMA

Terdahulu, prosiding dimulakan dengan hujahan pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin dan Farah Ezlin Yusop Khan.

Ia disusuli dengan hujahan pihak pembelaan diwakili Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: