seismik

Mahasiswi INTEC Peroleh Markah Tertinggi Peperiksaan Perakaunan Antarabangsa. Terbaik!

Dia mendapat markah 100% dalam peperiksaan tersebut!

Cover image via Facebook Rizal Hakimm

Siti Nadiah Sh Salleh, 19, berjaya memperoleh keputusan 100% dalam peperiksaan perakaunan Institut Akauntan Bertauliah England dan Institut Perakuan Kewangan, Perakaunan dan Perniagaan, Wales (ICAEW CFAB)

Image via MOHE

Pelajar yang berasal dari Johor Bahru itu berjaya mendapat kedudukan 50 pelajar elit dari seluruh dunia yang telah mencapai skor penuh dalam peperiksaan ICAEW CFAB dalam peringkat global.

Peperiksaan ICAEW CFAB terdiri daripada enam subjek asas iaitu Perakaunan, Maklumat Pengurusan, Prinsip Cukai, Jaminan, Perniagaan dan Kewangan dan Undang-undang, yang menjurus kepada kelayakan Akauntan Bertauliah ICAEW.

Peperiksaan tersebut yang juga merupakan sijil diiktiraf pada peringkat antarabangsa turut mengajar pengetahuan penting dalam skop perniagaan, kewangan serta perakaunan.

Sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang ini, Siti Nadiah telah dianugerahkan 'Top of Class Excellence for Accounting' oleh Pengarah Eksekutif Pembelajaran dan Pembangunan Profesional ICAEW, Mark Protherough, di sebuah majlis di Shah Alam baru-baru ini

Majlis itu telah disaksikan oleh Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA), Salihin Abang dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC), Datuk Zaiton Mohd Hassan.

Ketua ICAEW Malaysia, Loh Wei Yuen berkata, “Bagi pihak ICAEW Malaysia, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Siti Nadiah atas pencapaiannya yang luar biasa ini.

“Pelajar Malaysia sentiasa menduduki ranking tertinggi dalam peperiksaan ICAEW. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada MyPAC dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera atas komitmen mereka dan sokongan berterusan dalam membangunkan bakat berkaliber tinggi,” katanya lagi.

Pada tahun 2015, UiTM Holdings Sdn Bhd telah menubuhkan IPAC Education pada bagi memberi tumpuan kepada penyampaian program perakaunan profesional sebagai inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan bilangan akauntan Bumiputra yang berkelayakan profesional

Image via Harian Metro

Sejak tahun 2015 juga, MyPAC telah bekerjasama dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra dan IPAC Education @ INTEC Education College untuk memupuk, menyokong dan menggalakkan individu bumiputera berbakat dengan menyediakan penajaan untuk latihan, bimbingan dan bantuan dalam mendapatkan pekerjaan.

Ketika ditemubual oleh wakil Yayasan Peneraju, Siti Nadiah telah mengongsikan beberapa tips dan kata-kata semangat. Antaranya adalah:

1. Saya memilih bidang ini semata-mata kerana saya ingin menjadi akauntan bertauliah.

2. Kejar kelayakan profesional! Ramai yang mengatakan bahawa ia tidak mudah, tetapi selagi anda belajar, lulus kertas itu bukan mustahil untuk dicapai.

3. Gunakan sepenuhnya semua sumber kajian yang tersedia.

4. Jangan lupa untuk membantu rakan-rakan anda yang mempunyai masalah dalam pelajaran mereka! Mengajar orang lain akan memudahkan anda memahami konsep ini.

5. Anda tidak akan tahu keupayaan anda selagi anda tidak cuba.

Ternyata, pencapaian Siti Nadiah adalah hasil daripada inisiatif yang berjaya ini! Tahniah!

Image via NST

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

UiTM juga telah melakar sejarah dengan menjadi IPTA pertama lancar satelit ke angkasa lepas!

Lagi artikel rakyat Malaysia banyak mencipta nama di luar negara:

You may be interested in: