seismik

Buka E-Mel Anda Sekarang! Machines Beri Diskaun RM1,000 Kepada Ahli Untuk iPhone Hari Ini

Seorang terhad kepada satu unit sahaja.

Cover image via Mid Valley Megamall

Pengedar rasmi produk Apple, Machines menawarkan kepada ahli diskaun RM1,000 untuk iPhone 8 dan iPhone X pada hari ini, 9 Mac

Memetik laporan New Straits Times, ahli Machines+ akan menerima kod promo terhad dan eksklusif melalui e-mel dari 10 pagi hingga 10 malam untuk menebus diskaun.

Ahli mesti membuat pembelian secara online, dan kod tersebut hanya sah untuk hari ini, 9 Mac.

Diskaun istimewa ini hanya tertakluk untuk iPhone 8 256GB dan iPhone X 64GB, dalam semua warna yang tersedia

Kod promo adalah terhad kepada hanya satu unit bagi setiap pelanggan, sementara stok masih ada.

Selepas diskaun, iPhone 8 akan menelan kos RM3,399 berbanding RM4,399 hari ini, dan iPhone X juga boleh dibeli pada harga RM4,149 berbanding RM5,149.

Anda juga boleh memilih untuk mengambil unit anda di kedai Machines, tetapi hanya terhad kepada outlet yang terpilih sahaja

Kedai-kedai akan disenaraikan semasa pembelian dilakukan.

Ahli Machines+, pergi buka e-mel cepat! iPhone 8 atau iPhone X bakal menjadi milik anda!

Image via giphy.com

Share kepada rakan-rakan dan ahli keluarga lain, dan suruh mereka buka e-mel juga ya!

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Penangan Apple memang hebat!

Ada juga penjual di Lazada yang jual iPhone X dengan harga yang lebih murah!

You may be interested in: