seismik

"Macam Swimming Pool" - Pemilik Rumah Kongsi Rumah Banjir, Air Jernih Pula Jadi Perhatian

Memang jernih.

Cover image via @cikraa_eyrazara (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan ini banyak negeri dan kawasan mula dinaiki air banjir dek kerana hujan yang berterusan

Antara negeri yang paling terkesan adalah di belah pantai timur iaitu Terengganu dan Kelantan. Begitu pun, kita boleh lihat banyak bantuan mula digerakkan di kawasan berkenaan.

Seperti yang kita tahu, air banjir ini sangat berbahaya kerana ia kotor dan mengandungi pelbagai kotoran, jadi sebab itu kita tidak boleh bermain dengannya.

Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang individu berkongsi air banjir yang jernih di dalam rumahnya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@cikraa_eyrazara Replying to @Norhaliza Mohd Khalid dah filter siap2 air banjir sebelum masuk rumah hahhhahahah #fyp #foryou #fypviral #mangsabanjir2022 #mangsabanjir #banjir2022 bunyi asal - foodrider10

Air banjir jernih sampai boleh nampak kaki

Menerusi video tersebut, individu itu berkongsi keadaan rumahnya selepas dinaiki air banjir di kawasan rumahnya.

Dapat dilihat juga si ibu sempat memasak. Dia kemudian berkongsi pula keadaan di kedai runcit kawasan tersebut dan ternyata air di sana juga jernih.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@cikraa_eyrazara Replying to @aml xse dah parop modal harap esok kering belako dah. Last dah info banjir #memori19dec2022 #19122022 #mangsabanjir #banjir2022 #hujan2022 #surutdah #banjirkelantan Purnama Merindu - Asyraf Daniel

"First time tengok air banjir jernih macam ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 127.6K likes dan 1,292 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Semoga dipermudahkan segala urusan awak dan semua orang yang berada di sana :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: