seismik

“Macam Scene Lion King” - Gelagat Kucing Hitam Gaduh Dengan Oyen Ini Undang Tawa Netizen

Biar betul Oyen kalah kali ni?

Cover image via @duke_cbe (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi anda yang mempunyai kucing peliharaan pasti akan tahu gelagat dan ragam kucing yang comel

Bukan saja kucing Oyen yang buat hal, kucing yang lain pun sama saja. Gelagat mereka apabila bersama sungguh menggeramkan. Comel tak terkata!

Tular baru-baru ini video di Twitter mengenai dua ekor kucing yang sedang bergaduh seperti scene dalam movie Lion King mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Ditolaknya Oyen dengan kejam sehingga jatuh ke bawah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @duke_cbe di laman Twitternya, kelihatan dua ekor kucing peliharaannya sedang bermain di atas tilam yang berada di biliknya.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila seekor kucing hitamnya bertindak kejam dengan menolak Oyen jatuh ke bawah. Babak itu sama sekali tidak ubah seperti movie Lion King yang buatkan ramai boleh relate.

Insiden tersebut telah membuatkan netizen terhibur dengan gelagat kucing hitamnya itu yang seolah-olah seperti raja yang inginkan kemenangan dan melihat saja rakannya jatuh ke bawah.

"Sejak bila Oyen jadi penakut ni?" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua ekor kucing itu. Malah, ramai yang boleh relate dengan aksi mereka dengan cerita Lion King. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat sebanyak 439K views, 18K retweets, 1K quote tweets dan 37K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter. 

Aduh kelakar betul lah, kesian Oyen kena buli! :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: