seismik

“Macam Mami Jarum” - Ingatkan Nak Beri Nasihat, Rupa-Rupanya Ada Maksud Tersirat

Amboi makcik!

Cover image via @_azrulyusof (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Filem Mami Jarum sangat terkenal suatu ketika dahulu pada awal tahun 2000-an

Watak-watak dalam filem tersebut yang gemar bergosip serta menayang emas perhiasan memang diingati ramai.

Tular satu video baru-baru ini, berkenaan seorang wanita yang memberikan nasihat kepada seorang lagi wanita telah mendapat perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ada maksud yang tersirat disebalik pesanan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_azrulyusof di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang bersembang dengan seorang lagi wanita.

Wanita tersebut dilihat sedang memberikan nasihat tetapi apa yang membuatkan netizen geli hati adalah gayanya yang seakan-akan ingin menayang gelang dan rantai emas yang dipakai.

“Dua tahun tu dia simpan emas dalam almari. Tahun ni baru lah dapat lepas gian nak tayang emas kan sis… Mantap” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur melihat gaya wanita tersebut menayang emas perhiasannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 857.8K views, 62.3K likes dan 2.2K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Tiktok:

Bukan main lagi dia nak menunjuk! Sabar je lah akak baju biru tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: