seismik

"Macam GOT7" - Jatuh Masa Main Badminton, Tapi Cara Lelaki Ini Bangun Pula Jadi Perhatian

Wow, bukan biasa-biasa ni.

Cover image via @amirulznaim (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, kini kita boleh melakukan aktiviti di luar dengan syarat mesti ikut prosedur yang telah ditetapkan

Oleh itu, ramai yang tidak melepaskan peluang ini dengan melakukan aktiviti bersama ahli keluarga atau rakan-rakan mereka.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila cara seorang lelaki bangun ketika terjatuh semasa bermain badminton telah menjadi perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bangun macam gaya artis K-Pop lepas terjatuh

Menerusi video tersebut kelihatan sekumpulan lelaki sedang bermain badminton di sebuah court yang tidak diketahui lokasinya.

Namun, salah seorangnya terjatuh semasa mahu mengambil bulu tangkis tersebut. Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah gaya bangun daripada jatuh telah membuatkan rakannya terkejut.

"Badminpop bhai, gempak gila" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum melihat caranya itu dan menyamakannya dengan sebuah kumpulan K-Pop GOT7.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 392.6K views, 82.1K likes dan 808 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wow! Nak bangun pun bergaya ya macam kumpulan K-Pop :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: