seismik

Luahan Hati Fattah Amin Untuk Anak Buat Ramai Sebak - "Bila Dah Besar Fatima Akan Faham"

Sedih pula dengar.

Cover image via @mimpi_syakilla (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pelakon, Fattah Amin sempat menitipkan luahan hatinya buat anak tersayang iaitu Fatima dalam satu temu bual bersama Janna Nick

Menerusi klip tersebut, Janna meminta Fattah untuk memberikan ucapan buat Fatima sekiranya video itu akan ditonton semula satu hari nanti apabila dia besar.

Fattah mengakui dia sebenarnya tidak mahukan perpisahan dan melihat anaknya itu membesar dalam sebuah keluarga yang berpecah.

"Kalau diberi peluang untuk daddy cakap sendiri dengan Fatima, daddy memang tak nak benda ni jadi. Daddy memang sayangkan Fatima, daripada Fatima baby sampai Fatima besar. 

"Sepanjang daddy dengan mommy, dengan Fatima, daddy simpan semua memori dalam telefon daddy," luahnya.

Dalam video tersebut, Janna turut dilihat tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air matanya ketika Fattah memberi ucapan buat Fatima

"Daddy harap Fatima tak lupakan daddy, dan daddy akan sentiasa cuba untuk spend time dengan Fatima sebaik mungkin. Daddy memang nak buat macam tu, tapi bukan sebab daddy sibuk. Kalau Fatima dah besar nanti Fatima akan faham keadaan ni sebenarnya," katanya lagi.

Fattah juga sempat mengingatkan anaknya supaya sentiasa menyayangi Fazura sebagai ibunya walau apa pun yang terjadi.

Antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@mimpi_syakilla

Dari Fattah Amin buat Nur Fatima Aisya Hingga Janna Nick menitiskan air mata. Ya Rabb, jagalah hubungan ayah dan anak ini. Tonton Video Penuh Di Aplikasi Tonton. Melodi Up-Close with Fattah Amin

original sound - Syakila Dream - Syakila Dream

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: