seismik

[GAMBAR] Lori Hilang Kawalan Rempuh Pondok Tol Dan Dua Kenderaan Lain Di Subang Jaya

Tiga lorong tunai (Laluan Keluar) di Plaza Tol Subang Jaya ditutup sementara.

Cover image via PLUSMiles/Facebook

Sebuah lori treler muatan besi merempuh pondok tol dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Subang Jaya tengah hari semalam

Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 tengah hari, 14 Jun 2016 ini berpunca daripada kerosakan brek yang dialami lori tersebut. Selain pondok tol, lori berkenaan juga dilapor merempuh dua lagi kenderaan lain yang sedang beratur untuk membayar tol di situ.

Pemandu lori mengalami kecederaan dan segera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Dua lagi pemandu sebuah van dan kereta yang dirempuh bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut sumber, lori berkenaan datang dari NKVE dan ingin menuju ke Subang Jaya melalui tol tersebut. Malangnya, brek lori tidak berfungsi sebelum ia hilang kawalan dan terus merempuh satu pondok tol.

Dalam pada itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pondok tol yang dirempuh itu tidak berpenghuni sewaktu kejadian berlaku.

Jurutol tidak berada dalam pondok tol tersebut pada ketika itu difahamkan kerana beliau sedang membantu seorang pemandu yang tersangkut di lorong Touch 'n Go.

Kemalangan ini mengakibatkan tiga lorong tunai (Laluan Keluar) di Plaza Tol Subang ditutup sementara kepada semua kenderaan untuk kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan.

Pihak PLUS kini sedang berusaha untuk membuka lorong-lorong tersebut dengan secepat mungkin.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Minggu lepas, satu kemalangan dahsyat telah berlaku melibatkan sebuah treler dan beberapa buah kereta di Bukit Tagar. LIHAT SINI:

You may be interested in: