seismik

[VIDEO] Lori Cabut Lari Dari Polis Dengan Selamba Rempuh 15 Kenderaan Di Subang Jaya

Macam permainan video pun ada!

Cover image via Twitter @AdamMickail | Terengganu Times

Satu kejadian kejar-mengejar antara sebuah lori dan beberapa kereta polis telah berlaku dari Kajang ke Subang Jaya baru-baru ini

Menurut laporan Berita Harian, pemandu lori tersebut dipercayai cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis kerana membawa muatan batu berlebihan di Batu 9 Cheras, Kajang.

Sebanyak enam pasukan peronda Trafik Kajang dan dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya cuba menghentikan lori tersebut tetapi tidak diendahnya. 

Selepas segala usaha tidak membuahkan hasil, beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah tayar lori terbabit

Lori tersebut kemudiannya hilang kawalan sehingga melanggar hampir 15 kenderaan di sekitar flat di USJ1.

“Setelah lori itu tersangkut dan tidak dapat meneruskan perjalanan, pemandu lori cuba melarikan diri namun ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada anggota polis,” kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari.


Keadaan kenderaan yang dilanggar lori terbabit.

Image via Terengganu Times

Saksikan video penuh insiden ini di bawah:

Menariknya, video insiden lori berkenaan yang menular di media sosial disifatkan mirip dengan permainan video Grand Theft Auto (GTA) oleh para netizen

Antara komen-komen netizen berkenaan insiden kejar-mengejar tersebut di Twitter:

Image via Twitter @nupai_

Ada yang siap bagi cheat codes!

Pernah main GTA?

Grand Theft Auto atau singkatannya GTA adalah siri permainan video berunsur aksi-pengembaraan (action-adventure) dicipta oleh David Jones dan Mike Dailly yang berkisarkan tiga penjenayah dan usaha mereka untuk melakukan pencurian semasa di bawah tekanan agensi kerajaan.

Siri permainan video ini mempunyai beberapa set lokasi fiksyen yang dimodelkan daripada bandar-bandar sebenar seperti New York City, Miami dan California.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah tengok kes-kes kemalangan dan jenayah sebelum ini?

You may be interested in: