seismik

"Kalau Doktor Boleh Ingat Banyak Term Perubatan, Apa Masalahnya Dengan BM?" - Rais Yatim

"Pelonggaran syarat kelayakan ini mampu mengelak negara hilang kepakaran ratusan graduan perubatan setiap tahun" - Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)

Cover image via SAYS

Syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memudahkan pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 sekiranya ia dilonggarkan

Dalam laporan Awani 2 Julai lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kelonggaran itu adalah bagi graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan BM di peringkat SPM. Ia adalah khas buat mereka yang telah menjalani persekolahan di luar negara, yang menduduki peperiksaan O-level di sekolah antarabangsa atau Bahasa Melayu di universiti, dan beberapa kategori lain.

Image via Malay Mail

"Kelonggaran ini bukanlah suatu perkara baharu, malahan lantikan kontrak bagi Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan bukan warganegara juga tidak memerlukan kelulusan BM di peringkat SPM," katanya.

astroawani.com

Tambah beliau lagi, Akta Perubatan 1971 telah memperuntukkan di bawah Seksyen 13 (2) bahawa seseorang graduan perubatan yang diberi Pendaftaran Sementara oleh Majlis Perubatan Malaysia wajib menjalani dan melengkapkan latihan siswazah dengan kompeten sebelum boleh diberi Pendaftaran Penuh sebagai seorang Pegawai Perubatan yang bertauliah.

Katanya, Seksyen 40 Akta yang sama turut menetapkan bahawa Pegawai Perubatan perlu juga menjalani khidmat wajib di dalam sektor awam setelah diberi Pendaftaran Penuh

Image via bilgidubai.com

"Susulan pengumuman Bajet 2017 pada Oktober 2016, graduan perubatan kini adalah dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan UD41 untuk menjalani latihan siswazah selama dua tahun dan khidmat wajib selama dua tahun.

"Sekiranya seorang graduan perubatan tidak dapat menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib, graduan perubatan tersebut tidak dibenarkan sama sekali untuk mengamal sebagai seorang Doktor Perubatan di Malaysia. KKM prihatin bahawa ini tentu akan menjejaskan masa depan mereka setelah berusaha sedaya upaya menjalani jurusan Perubatan di universiti," katanya.

astroawani.com

Menurutnya lagi, sebelum ini kelonggaran juga pernah diberi bagi lantikan tetap Pegawai Perubatan ke perkhidmatan awam

Kelonggaran itu dibuat memandangkan pada masa tersebut, terdapat kekurangan yang terlampau bagi bilangan Pegawai Perubatan untuk menampung keperluan perkhidmatan yang kritikal.

Namun, kelonggaran tersebut telah diketatkan semula bagi lantikan secara tetap sebagai Pegawai Perubatan di KKM dan calon perlulah Lulus BM di peringkat SPM.

Malah, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), keputusan untuk melonggarkan syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred 1 mampu mengelak negara hilang kepakaran ratusan graduan perubatan setiap tahun

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Ravindran R. Naidu berkata melalui langkah ini, kira-kira 300 hingga 400 graduan perubatan termasuk yang menjalani persekolahan di luar negara dan menduduki peperiksaan O-level di sekolah antarabangsa dapat menjalani latihan siswazah selama dua tahun dan khidmat wajib dua tahun di Kementerian Kesihatan.

Ini membolehkan mereka layak mendapatkan sijil pengamal perubatan dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Image via Malay Mail

"Jika mereka tidak dapat menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib berkenaan, mereka tidak dapat menjadi seorang doktor dan ini akan merugikan negara.

"Mereka (graduan perubatan) tidak boleh bekerja di klinik swasta dan farmasi sekalipun, jika tidak mempunyai sijil pengamal perubatan, jadi adakah mereka perlu menjadi pemandu teksi atau konduktor bas?" katanya.

astroawani.com

Bagaimanapun, terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan langkah terbabit termasuklah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Shahril Hamdan, terdapat risiko berlaku kesilapan diagnosis dan rawatan sekiranya doktor tidak boleh memahami apa yang cuba disampaikan oleh pesakit.

Beliau turut mempersoalkan kemampuan doktor untuk beri rawatan yang berkesan kepada pesakit yang tidak menguasai Bahasa lain selain Bahasa Melayu.

“Sewajarnya keputusan yang melibatkan kepentingan awam ini dijelaskan rasionalnya kerana kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia sudah termaktub di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta 32 Bahasa Kebangsaan 1963/67. Kelonggaran demi kelonggaran yang diberikan hanya akan memberi gambaran bahawa Bahasa Melayu boleh dipandang enteng oleh rakyat Malaysia.”

astroawani.com

Turut memandang serius isu ini, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim menasihatkan kerajaan supaya tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang perkhidmatan awam dan dasar negara selama ini

Image via BH Online

Melalui akaun Facebook miliknya, beliau menulis alasan bahawa pengecualian yang diberi ini adalah tidak munasabah.

"Kalau tak boleh cakap Melayu macam mana nak rawat orang Melayu dan anggota masyarakat yang lain?

Dr Inggeris dahulu pun belajar cakap Melayu. Kenapa doktor kontrak tak boleh belajar cakap Melayu?"
tulisnya dalam satu post pada akaun Facebook miliknya.

Katanya lagi, syarat yang dilonggarkan ini akan jadi amalan "lulus jarum lulus kelindan" iaitu suatu penurunan yang menghina dasar kebangsaan.

"Kalau doktor boleh mengingat dan belajar ribuan terma perubatan apakah masalahnya mengingati ayat dan terma BM..APA SAKIT, MANA SAKIT? dan sebagainya.

Mereka itu boleh belajar BM dalam 1 bulan. Pihak KKM juga boleh adakan sukatan pelajaran bahasa yg mudah dn praktikal,"
tambahnya.

Jadi apa pandangan anda mengenai isu ini? Adakah keputusan kelonggaran syarat kelayakan lulus BM perlu dibuat? Kongsi bersama kami di ruang komen di bawah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: