seismik

[TERKINI] Tiada Kenaikan Kadar Tol Akan Dikenakan Di 21 Lebuh Raya Pada Tahun Depan

"Pembekuan kenaikan kadar tol menyeluruh adalah usaha berterusan oleh kerajaan persekutuan Pakatan Harapan untuk mengurangkan beban kos hidup yang ditanggung oleh semua rakyat Malaysia." - Lim Guan Eng.

Cover image via Funtasticko

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan secara rasmi bahawa kerajaan bakal membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya seluruh negara pada tahun depan

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Selangor Kini, Lim Guan Eng mengatakan bahawa pembekuan kenaikan kadar tol itu membabitkan implikasi kewangan kerajaan sebanyak RM994.43 juta.

Lim Guan Eng

Image via The Coverage

“Implikasi kewangan itu membabitkan pembekuan kenaikan kadar tol berkenaan merangkumi 21 lebuh raya; kadar tol bagi bas di 8 lebuh raya berasingan dan pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang (Jambatan Pertama Pulau Pinang), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) serta di Lebuhraya Laluan Kedua di Johor," katanya.

Ianya juga merupakan perubahan ketara daripada pengumuman Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan pada 2 November yang lalu

Gambar sekadar hiasan

Image via SAYS

Pada mulanya, kabinet hanya bersetuju untuk membuat pembekuan semua kenaikan kadar tol dalam bandar sahaja.

Malah, Guan Eng juga mengatakan bahawa pembekuan komprehensif itu berasaskan kepada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) bertujuan untuk meringankan beban yang dipikul oleh rakyat Malaysia pada ketika ini.

Kerajaan juga telah menganggarkan bahawa pembekuan kadar tol di 21 lebuh raya akan membabitkan kos bayaran pampasan sekitar RM972.75 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Ini merupakan 21 lebuh raya yang terlibat:

  1. Lebuhraya Utara-Selatan
  2. Lebuhraya Link Kedua Malaysia-Singapura
  3. Lebuhraya Kesas
  4. Lebuhraya ELITE
  5. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1
  6. Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)
  7. Lebuhraya Pantai Baharu (New Pantai Expressway)
  8. Lebuhraya Damansara-Puchong
  9. Lebuhraya Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
  10. Lebuhraya Butterworth-Kulim
  11. Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE)
  12. Lebuhraya Maju Expressway (MEX)
  13. Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas)
  14. Lebuhraya Senai-Desaru
  15. Lebuhraya Sprint
  16. Lebuhraya SKVE
  17. Lebuhraya Seremban-Port Dickson
  18. Lebuhraya New North Klang Straits Bypass (NNKSB)
  19. Lebuhraya Koridor Guthrie
  20. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang)
  21. Stormwater Management and Road Tunnel (SMART)
Kerajaan ketika ini sedang mengkaji kaedah terbaik untuk memenuhi janji manifesto pilihan raya umum seperti yang dinyatakan dalam Buku Harapan, sambil menambah pembekuan tol adalah sebahagian daripada usaha tersebut.
Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: