seismik

"Life At Sea" - Lelaki Kongsi Situasi Gempa Bumi Dalam Kapal, Tapi Masih Boleh Gelak Lagi

Takut pula tengok.

Cover image via @jojisaki (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekerja di offshore sememangnya bukan mudah, ia memerlukan kekuatan dari segi mental dan juga fizikal

Bukan saja berdepan dengan cuaca di atas kapal yang tidak menentu, malah kadangkala dilanda bencana yang tidak diingini.

Seperti sebuah video ini yang memaparkan situasi cemas yang berlaku dalam kapal ketika berlaku gempa bumi telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@jojisaki Situasi gempa bumi didalam kapal ‍‍ #lifeatsea #seafarerslife #heavyweather #reallife @dakijan @MN @Frenzyy original sound - Azmi Mohamad

Tengah lepak ramai-ramai dalam kapal, tiba-tiba ada gempa bumi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jojisaki, kelihatan sekumpulan pekerja offshore itu sedang melepak di salah satu bahagian dalam kapal mereka yang dijadikan sebagai ruang tamu.

Dapat dilihat, ruang itu terdapat televisyen, peti ais, sofa dan meja-meja untuk mereka berehat bersama-sama.

Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila mereka dilanda gempa bumi selama beberapa minit sehingga menyebabkan makanan dan pinggan di atas meja semuanya jatuh serta pecah.

Beberapa orang lelaki itu turut tidak dapat mengawal badan sehingga jatuh tergolek dan memegang sesama sendiri untuk bertahan.

"Uish boleh rileks lagi ya, kalau aku dah menggelabah. Nangis mengucap semua ada, takut dah akhir nafas" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 465K views, 31.1K likes dan 1.1K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet cuak melihat situasi itu. Ada juga yang terhibur melihat gelagat mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Diaorang mesti dah terbiasa dengan situasi macam ni, sebab tu boleh gelak-gelak lagi. Kalau kita dekat situ memang mengucap dah :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: