seismik

Lepasan SPM Disaran Untuk Pastikan Program Pengajian Yang Dipohon Dapat Pengiktirafan MQA

Pelajar lepasan SPM dinasihat untuk menyemak akreditasi program yang ingin dimohon sebelum menyambung pengajian di mana-mana institusi pendidikan tinggi (IPT).

Cover image via Rivermore Academy & Utusan

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disaran untuk menyemak terlebih dahulu sama ada program pengajian yang dipohon diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata apabila pelajar memperoleh keputusan SPM, mereka akan teruja terutama bagi yang mendapat keputusan cemerlang.

"Kita faham keterujaan yang dirasai, namun menjadi tanggungjawab mereka untuk menyemak terlebih dulu program yang diinginkan itu mempunyai pengiktirafan atau sebaliknya.

"Jadi, apa yang kita boleh nyatakan kepada pelajar selepas SPM adalah mereka perlu menilai keputusan diperoleh sesuai untuk mengambil jurusan diinginkan.

"Selain itu, bagi pelajar yang memilih universiti dalam negara, pastikan universiti itu mendapat pengiktirafan atau akreditasi MQA.

"Kita tidak mahu segala bentuk pelaburan terutama masa dan wang ringgit menjadi sia-sia apabila diploma atau ijazah yang ditawarkan itu tidak diiktiraf MQA dan kerajaan Malaysia," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Image via RTM

Keputusan SPM dapat membantu pelajar memilih dengan lebih tepat program yang mahu diceburi seterusnya menentukan kerjaya masa hadapan

Tambah Mohammad Shatar, keputusan SPM boleh menjadi rujukan terhadap pelajar melibatkan program apa yang mereka boleh ceburi setelah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran.

"Keputusan SPM ini boleh menentukan hala tuju pelajar sama ada mereka lebih cenderung dalam bidang berteraskan sains, sains sosial atau sastera mahu pun mengikuti bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

"Secara asasnya, SPM mampu dijadikan panduan menentukan hala tuju pelajar itu memilih bidang pengajian atau kerjaya mereka pada masa depan," katanya.

Terdapat 20 universiti awam, 36 politeknik, 106 kolej komuniti dan 384 pusat pengajian tinggi swasta di negara ini dengan semua program pendidikan dikawal selia bagi memastikan ia mendapat kelayakan atau akreditasi daripada MQA.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: