seismik

Slow Sangat Unboxing Hadiah, Member Sebelah Pula Menahan Geram Tunggu Nak Tahu Hadiah Apa

Slow sangat tu bang.

Cover image via @trisyia_dan (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila kita diberikan hadiah, pastinya kita akan menghargainya betul tak?

Lain orang, lain cara dia menghargainya. Ada sesetengah orang, bila dapat hadiah yang berbalut cantik dan kemas, dia akan buka satu persatu kertas balutan hadiah dan menyimpannya.

Tetapi ada juga yang terlalu teruja untuk tahu isi hadiah yang diberi, kertas balutan hadiah terus dikoyakkan betul tak?

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial baru-baru ini, apabila seorang lelaki sedang membuka balutan hadiah. Namun, reaksi rakannya yang menahan geram pula telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah

@trisyia_dna Dia @VIDEOGRAPHER KENTANG punya lama nak buka satu hadiah sampai orang lain yang tak sabar nak tolong bukakan sebab lambat sangat #fyp VIBE - TAEYANG

Tak tahan tengok kawan buka hadiah slow sangat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @trisyia_dna, kelihatan dia berkongsi situasi ketika mereka sedang menunggu rakan mereka membuka hadiah.

Apa yang menghiburkan orang ramai adalah apabila lelaki itu buka hadiah terlalu berhati-hati dan perlahan. Situasi itu membuatkan rakan sebelahnya hilang sabar dan seolah-olah seperti ingin naik hantu.

Di ruangan komen pula, dia berkata kalau buka perlahan tapi balutan masih cantik tak mengapa. Tetapi rakannya itu buka perlahan tapi balutannya tetap koyak.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@trisyia_dna Replying to @oodah sood akhrinya yang ditunggu tunggu dia buka dah hadiah dia tu #fyp The Hydra - LE SSERAFIM

"Member dah kerasukan dah tu geram nak tolong bukakan hadiah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 717.6K views, 55.5K likes dan 369 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka itu.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau buka cantik tak apa juga nak slow bang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: