seismik

Lelaki Terkejut Kereta Kena Curi Di Parkir Valet Pusat Beli-Belah Terkemuka

Difahamkan, suspek berjaya ditahan pihak polis.

Cover image via Zach Khai Shin (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki meluahkan rasa terkejutnya selepas kereta yang di parkir di bahagian valet di curi

Kejadian berlaku di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur selepas lelaki berkenaan telah memilih untuk parkir valet di situ.

Difahamkan, dia telah menyerahkan kunci kereta pada pekerja valet yang bertugas pada jam 12.48 petang. Dia kemudian kembali untuk mengambil kereta pada pukul 1.20 petang.

Namun, pekerja valet mengambil masa selama 10 hingga 15 minit untuk mencarinya sebelum memberitahu bahawa keretanya telah hilang.

Perkara itu membuatkan dia meminta agar mereka melihat rakaman CCTV dan seterusnya menelefon polis untuk bantuan lanjut.

Kereta akhirnya ditemui, suspek berjaya ditahan pihak polis

Suspek kemudian berjaya ditahan polis selepas kereta milik lelaki itu berjaya dijejaki dengan bantuan GPS di dalam kereta terbabit.

Perkara itu disahkan menerusi kenyataan rasmi pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut yang dimuatnaik di Facebook rasmi mereka.

"Dukacita dimaklumkan mengenai insiden yang berlaku di operator parkir valet Suria KLCC.

"Kenderaan yang diamanahkan kepada perkhidmatan valet telah dicuri walaupun diletakkan dengan selamat oleh pekerja valet.

"Bagaimanapun, selepas dimaklumkan, kami segera melancarkan siasatan menyeluruh dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

"Menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem GPS kereta, suspek berjaya ditahan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: