seismik

Lelaki Tawar Servis 'Pukul Aku' Untuk Jadi Hero Depan Pasangan - "Upah Hanya RM100"

Hanya set tempat dan masa, dia akan datang berlakon untuk buat kacau.

Cover image via Pesakit Sifar Cacar Monyek (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia menawarkan perkhidmatan unik yang membolehkan pelanggan kelihatan jadi seperti 'hero' di hadapan pasangan mereka dengan upah hanya RM100

Menerusi satu posting yang dimuat naiknya di Facebook pada Rabu, 8 Januari, Pesakit Sifar Cacar Monyek, atau nama sebenarnya Shazali Sulaiman, memberitahu perkhidmatan atau servisnya itu adalah untuk mereka yang pasangannya menganggap mereka sebagai lembik.

"Korang dah penat sebab awek korang pikir ko lembik dan layan korang acuh tak acuh?

"Ok dengan bayaran yang munasabah korang boleh buktikan dan ubahkan pandangan awek korang terhadap korang.

"Hanya set tempat dan masa aku akan datang berlakon kacau awek korang dan korang jadi hero dengan pukul aku. Hari berkerja RM100, Sabtu dan Ahad RM150," kata Shazali, sambil posing gambar dirinya dengan rokok yang tidak bernyala di mulut.

Bercakap kepada SAYS, Shazali berkata servisnya tersedia untuk lelaki dan wanita

Tambahnya lagi dia telah pun menyelesaikan beberapa permintaan daripada rakan dan keluarga sejak melancarkan perkhidmatan tersebut.

Shazali menjelaskan bahawa dia memulakan perkhidmatan itu kerana ramai orang mengatakan dia mempunyai rupa yang garang dan dia ingin mendapatkan sedikit pendapatan tambahan.

Berkongsi kisah salah seorang pelanggannya baru-baru ini, lelaki berusia 28 tahun itu berkata, "Pasangan terbabit pergi ke pusat beli-belah dan teman lelaki itu pergi ke tandas. Saya berpura-pura mengganggu teman wanitanya sebelum teman lelaki itu muncul untuk menjadi hero.

"Semuanya hanya lakonan, seperti World Wrestling Entertainment (WWE). Tiada siapa yang cedera, dan saya satu-satunya yang akan 'kalah'. Hahaha."

Shazali turut mendedahkan seorang wanita pernah meminta bantuannya untuk menggodanya bagi membuatkan suaminya cemburu.

Dia menyatakan bahawa dia mengelak daripada mengambil gambar dirinya semasa beraksi untuk memastikan pengalaman itu terasa asli untuk pelanggannya, dengan menyatakan, "Ia bukan prank."

Berpangkalan di Ipoh, Perak, Shazali mengenakan bayaran tambahan untuk pelanggan di luar kawasan, bergantung kepada jarak.

Lihat posting Facebook Shazali di sini jika anda berminat dengan servisnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: