Lelaki Sanggup Balik Hari Naik Flight KL - JB, Delivery Hantar Kuih Raya Untuk Customer
Difahamkan, tiket penerbangan yang dinaiki olehnya siap ditaja dan dibayar oleh pelanggan itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki melakukan sesuatu yang rare apabila dia membuat penghantaran kuih raya dengan menaiki pesawat
Bukan itu sahaja, tiket pesawat yang dinaikinya turut ditaja oleh pelanggan yang membeli kuih raya daripadanya.
Menerusi hantarannya di X, tiket pesawat tersebut merupakan tiket pergi dan pulang untuk perjalanan antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
"First time delivery kuih raya naik flight balik hari dari KL ke JB. Customer sanggup bayar tiket flight kita okay je," tulisnya.
Tiket pesawat yang murah menjadi faktor pembeli sanggup menaja penerbangannya
Menerusi tinjauan di bahagian komen, lelaki tersebut memberitahu kos bagi tiket penerbangan itu adalah di bawah RM100 ketika itu.
Menurutnya lagi, perjalanan dari rumah lelaki berkenaan ke KLIA lebih lama iaitu satu jam berbanding perjalanan dari KLIA ke Johor Bahru yang hanya mengambil masa 45 minit.
"Flight 45 minit sahaja, tiket murah time tu below RM100 tak silap.
"Rumah ke KLIA 1 jam, flight ke Johor Bahru 45 minit hahah," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!