Lelaki Korea Dakwa Ditahan Masa Transit Di KLIA, Sempat Rakam Video Dari Dalam Lokap
Menurutnya, dia cuma singgah sebentar di Malaysia semasa nak ke Hong Kong, tetapi akhirnya ditahan dalam lokap.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang lelaki warga Korea Selatan mendakwa dia ditahan polis Malaysia semasa transit di KLIA
Menurut laporan Korea JoongAng Daily, kejadian berlaku semasa dia dalam perjalanan dari Bali ke Hong Kong.
Difahamkan, berlaku sedikit kekecohan atas kapal terbang apabila seorang penumpang lain dikatakan membuat kenyataan perkauman dan cuba bertindak ganas serta mengugutnya.
Namun, sebaik sahaja kapal terbang mendarat di KLIA, dia telah ditahan bersama penumpang tersebut.
Sempat rakam video dalam lokap
Dalam video berdurasi lima minit itu, lelaki tersebut yang memakai baju banduan berwarna oren menunjukkan keadaan dalam lokap.
Di tangannya juga terdapat kesan lebam, dan katanya gari terlalu ketat sampai sakit. iPhone 16 miliknya juga telah dirampas.
"Saya bukan orang Malaysia, tapi saya dipenjara macam penjenayah. Saya mahu satu dunia tahu apa yang polis Malaysia lakukan kepada saya dan saya harap tiada orang lain yang menjadi mangsa seperti saya," katanya.
Susulan video itu tersebar, Kementerian Luar Negeri Korea Selatan kini sedang berbincang dengan kerajaan Malaysia untuk tahu apa sebenarnya yang terjadi.
Tetapi setakat ini, belum banyak maklumat rasmi diberi kerana kes masih disiasat dan kerajaan mahu menjaga privasi mangsa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!