seismik

Lelaki Kongsi Struggle OKU Berkerusi Roda Melintas Jalan Di Bandar KL Yang Ramai Tak Tahu

Alahai, kesiannya.

Cover image via @braderwheelchair (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan salah satu kelompok yang acap kali tercicir dalam penggunaan kemudahan awam

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki menyeru pihak bertanggungjawab untuk membina kemudahan mengikut spesifikasi khas untuk OKU berkerusi roda.

Menerusi video tersebut, sekumpulan OKU yang berkerusi roda dirakam cuba melintas menggunakan lintasan belang yang ada bersebelahan bangunan berkembar KLCC.

Hadapi masalah kerana laluan pembahagi jalan

Bagaimanapun kelihatan mereka menghadapi masalah kerana laluan pembahagi jalan itu mempunyai step atau permukaan tinggi yang menyukarkan pergerakan.

Oleh kerana reka bentuk kerusi roda berbeza-beza, ada yang memerlukan bantuan orang normal untuk menolak dari belakang bagi melepasi laluan OKU tersebut.

“Assalamualaikum & salam sejahtera, inilah keadaan sebenar untuk kami yang berkerusi roda perlu hadapi bila keluar dari pintu rumah.

“Banyak tempat yang masih kurang kemudahan untuk OKU, di mana ada kemudahan kebanyakannya tidak mengikut spec yang betul.

“Anda rasa betul tak? Kalau betul minta tolong share ramai-ramai biar sampai dekat wakil OKU, menteri dan jabatan yang sepatutnya.

“Jom sama sama kita jadikan Malaysia salah satu negara yang mesra untuk OKU,” ujar lelaki itu.

Lihat video penuh itu di bawah:

@braderwheelchair Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Inilah keadaan sebenar untuk kami yg berkerusi roda perlu hadapi bila keluar dari pintu rumah. Banyak tempat yg masih kurang kemudahan untuk oku. Yg mane ada kemudahan kebanyakannye tidak mengikut spec yg betul. Korang rasa betul tak?? Kalau betul mintak tolong share ramai ramai biar sampai dekat wakil oku, menteri dan jabatan yg sepatutnye jangan cakap jer pandai. Jom sama sama kita jadikan Malaysia salah satu negara yg mesra untuk oku. #awareness #fyp #kualalumpur #malaysia #oku #accessible #wheelchairlifestyle #wheelerangers #braderwheelchair #nobarriers #dbkl #kemudahanoku Very Sad - Enchan

Harap kemudahan ini akan dibetulkan nanti supaya mengikut spec yang betul.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: