Lelaki Kongsi Mudahnya Nikah Di Korea, Tiada Soalan Cepumas Dari Tok Kadi & Tak Bersalaman
Selamat pengantin baru.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jodoh, pertemuan dan ajal semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT
Walaupun kita sudah lama mengenali pasangan kita, namun jika Allah tidak mengizinkan, maka dia bukanlah jodoh kita.
Kita juga tidak tahu bila dan akan kita berkahwin dan dari negara manakah jodoh kita itu datang. Berkemungkinan boleh jadi luar dari Malaysia.
Begitulah yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Zulhilmi, selepas akhirnya dia memilih wanita berasal Korea untuk menamatkan zaman bujangnya.
Kongsi proses pernikahan di Korea mudah
Menerusi video di akaun Instagram @zulhilmi173, dia meluahkan rasa syukur selepas menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya yang berasal daripada Korea.
Dia juga berkongsi proses pernikahan di Korea yang dianggap sangat mudah dan tidak begitu susah.
Dalam satu temubual bersama SEISMIK, Zulhilmi memberitahu pernikahan di Seoul, Korea sangat mudah dan proses ijab kabul agak berbeza dengan Malaysia.
"(Dari segi proses pendaftaran nikah dari awal hingga akhir) - Pendaftaran nikah di Korea sangat mudah. Cuma perlu bawa beberapa jenis dokumen asas, kemudian AJK Masjid akan periksa dokumen, dan boleh terus jalankan akad nikah jika tiada masalah.
"Dalam keadaan kami, 10 Mac kami apply untuk nikah di masjid Itaewon, 12hb dapat jawapan, 13hb terbang ke Korea, 15hb selesai akad nikah," katanya.
Ditanya mengenai bagaimana dia mengenali isterinya, Zulhilmi memberitahu mereka berkenalan dari laman Instagram sejak Oktober 2022.
"Wife follow content creator yang ajar bahasa Korea. Salah satunya ialah saya. Saya tengok profile dia, nampak dia share simple things tentang life dia dan tertarik nak follow dia balik. Lepas tu kami just berkawan je sampai la tahun Mei 2024 baru start in a relationship," katanya kepada SEISMIK.
Difahamkan, Zulhilmi memang tinggal dan kerja di Malaysia, tetapi kadangkala dia melancong ke Korea.
Menurutnya, keputusan utama untuk mengahwini isterinya itu kerana terpikat dengan budi bicara isterinya.
"Kalau orang kata saya ni cari wanita Korea je, memang salah. Sebelum ni pernah beberapa kali tak jadi dengan orang tempatan juga. Bagi saya orang Korea ke orang Malaysia ke bukan kriteria utama.
"Saya pilih dia sebab dia pandai berbicara dengan orang tua saya, pandai ambil berat orang lain, terbuka untuk bertukar pendapat, terbuka belajar budaya asing, dan sentiasa berkomunikasi dengan saya. Bagi saya, komunikasi ni memang penting dalam sebarang perhubungan," ujarnya.
Bagaimanapun, kami sempat bertanya bagaimana reaksi ibu bapanya selepas mengetahui keputusan itu, dia memberitahu meskipun ketika itu dia dan isterinya mempunyai sebarang hubungan sah, tetapi ibu bapanya sudah mula selesa dengan wanita itu.
"Ibu bapa saya pernah jumpa dia pada Mac 2024 semasa melancong ke Korea. Sebelum saya tackle dia, ibu bapa saya dah bagi greenlight awal awal," tambahnya.
Zulhilmi juga menjelaskan cara nikah itu memang dari segi Islam, cuma berbeza ayat yang disebut.
"Contoh kat Malaysia, sebutan Ijab yang biasa kita dengar ialah “aku nikahkan kau dengan…” dan lafaz Qabul pula “aku terima nikahnya”," katanya.
Dia juga meminta doa orang ramai agar perkahwinannya berpanjangan dan dapat membimbing isterinya dengan sempurna.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!