seismik

Lelaki Kongsi Keadaan Sebenar Tandas Di Arafah, Saran Jemaah Berlatih Squat Dari Rumah

Memang sempit ya.

Cover image via @acaiijawa (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang lelaki di laman X berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan keadaaan tandas yang digunakan oleh jemaah haji di Arafah

Menerusi perkongsian ciapan daripada Faisal Rahim, difahamkan hampir kesemua tandas di Arafah memang sempit dan memerlukan jemaah untuk squat untuk menggunakannya.

"Ini rupa tandas di Arafah. Tak ada Flush. Tempat kita pijak tu plastik je. Hampir semua tandas kena squat.

"Kalau tandas bangunan baru 2 tingkat, dalam 30 pintu, ada 5 je kot tandas duduk. Korang kena berlatih squat dari rumah. Lagi-lagi yang badan besar," katanya.

Menurutnya lagi, banyak kejadian telefon jatuh dalam lubang tandas dan memang susah untuk dapatkan semula

"Satu benda kena hati-hati kat tandas di Arafah ni, banyak smartphone jatuh dalam lubang tandas. Memang takkan dapat ambil.

"Sebab kawan tu nak jaga kain ihram, tiada tempat sangkut. Kena sangkut kat pintu tandas. Pastu nak pegang phone, nak kena squat lagi, pastu kaki tiba-tiba cramp. Memang disaster.

"Phone jatuh kat lantai, kemudian menggelongsor masuk ke lubang tandas. Jadi, tak payah bawa smartphone ke tandas lebih selamat," katanya lagi.

Lihat ciapan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: