seismik

Lelaki Kongsi Antara Aktiviti Persiapan Raya Paling Penat Ini Cetus Perbualan Netizen

Memang penat.

Cover image via @bidinalcarderk (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setelah penat sebulan berpuasa, pasti kita semua tak sabar nak menyambut hari raya bukan?

Ramai di antara kita yang sudah mula membuat persiapan hari raya seperti membuat kuih, memasang langsir dan mengemas rumah. Aktiviti persiapan raya ini memang penat tapi apalah nak dibandingkan dengan kegembiraan menyambut Syawal tiba.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang berkongsi aktiviti persiapan raya paling penat telah mencetuskan perbualan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@bidinalcarderk BUAT SERUNDING PUN PENAT GAK BIDNAT. KORANG PUNYA JOB RAYA APE PALING PEDIH MART? SHARE LER WAKNAT #fyp #fyp #waknattv #waknat Pulanglah - Aishah

Penat bila kena leraikan daging untuk buat serunding

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bidinalcarderk, kelihatan seorang lelaki sedang membantu ibunya membuat persiapan hari raya.

Dia kemudian berkongsi bahawa antara aktiviti persiapan raya paling penat perlu dilakukan adalah apabila ibunya menyuruh meleraikan daging untuk membuat serunding.

Lelaki tersebut sempat bertanya kepada orang ramai di ruangan kapsyen, apakah aktiviti persiapan raya paling penat yang mereka hadapi. Hal ini secara tidak langsung telah mencetuskan perbualan mengenai topik ini sesama netizen. 

"Weh aku sorang saja ke kena tumbuk kelapa sampai pecah minyak jadi kerisik? 4 kg kerisik!" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 137.9K tanda suka dan 1.8K komen di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi pelbagai aktiviti persiapan raya paling penat yang mereka hadapi.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian semua penat ya buat persiapan raya. Bagi admin pula, paling penat mesti bila kena cuci pinggan. Lenguh kaki! :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: