seismik

Lelaki Ini Sudah Beristeri Tapi Nekad Nikah Satu Lagi... Dengan Adik Kandung Sendiri

Terlanjur katanya.

Cover image via Facebook

Seorang lelaki di Indonesia dilapor telah membuat kejutan besar kerana menikahi adik kandung sendiri walaupun sudah beristeri

Image via Facebook

Lelaki tersebut yang dikenali dengan nama Ansar, 32, menikahi adik kandungnya di Kalimantan, ketika isterinya Hervina, 28, berada di kampung halaman mereka di Bulukumba, Sulawesi Selatan.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Hervina di Pejabat Polis daerah tersebut.

"Saya sudah melaporkan perkara ini kepada pihak polis Bulukumba. Saya harap saya boleh mendapat keadilan dan berharap polis boleh segera menangkap Ansar," kata Hervina.

Menurut sumber, Ansar terpaksa menikahi adik kandungnya itu kerana adiknya telah hamil empat bulan akibat daripada perbuatan terlanjur mereka

Image via kumparan.com

Hervina selama ini tidak pernah sedikit pun berasa curiga terhadap suaminya itu. Baginya, keakraban hubungan seorang abang dengan adik sendiri adalah sesuatu yang normal. Malah, dia langsung tidak menyangka perbuatan sumbang mahram boleh berlaku di antara mereka berdua.

"Saya tidak pernah curiga. Sama sekali tidak pernah. Selepas inii saya akan minta cerai," kata Hervina lagi.

Selepas berita ini tular, abang kandung Ansar, Ruslan mengesahkan bahawa kedua-dua adiknya itu memang benar telah bernikah

Image via detik.net.id

"Kami ada tujuh orang adik-beradik. Ansar menikah dengan adik yang bongsu. Kami berharap perkara ini dapat pengadilan yang sepatutnya. Sekiranya ada hukum adat maka saya memohon untuk dilakukan hukum adat," kata Ruslan.

Ketua Polis Bulukumba menyatakan bahawa pihaknya telah menerima laporan dan sedang melakukan penyiasatan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: