seismik

Lelaki Ini Pergi ECO Shop Sampai Bawa 'Guni' Semata-Mata Nak Borong Barang Deko. Kreatif!

Ini baru betul shopping.

Cover image via @timsupermuhajir (TikTok)

Umum mengetahui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu telah menyarankan ramai orang agar bekerja dari rumah

Disebabkan itu, ramai yang telah menghabiskan masa mereka dengan pelbagai aktiviti. Namun, baru-baru ini kerajaan telah pun mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu memberi sedikit kelonggaran daripada PKP.

Ramai yang keluar untuk membeli barang keperluan terutama barangan rumah. Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki telah membawa guni masuk ke ECO Shop semata-mata mahu memborong barangan menghias rumah.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bawa guni dalam mall semata-mata nak borong barangan menghias rumah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki telah berkongsi barangan yang dibelinya di sebuah kedai terkenal dengan membawa guni untuk memborongnya.

Menurutnya, dia mahu mengubah laman belakang rumahnya agar menjadi lebih cantik dan kemas. Malah, dia tanpa segan silu telah membawa guni masuk ke dalam mall.

Dia juga sanggup singgah ke beberapa cawangan tersebut untuk mendapatkan barang yang dimahukan.

Usahanya itu ternyata membuahkan hasil apabila ia kelihatan sangat cantik dan lebih privasi.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Ini baru betul shopping ECO Shop, guni di bawa keluar" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen begitu kagum melihat hasil transformasi yang ditunjukkan.

Malah, ada yang menganggap lelaki itu seorang yang sangat kreatif kerana mempunyai banyak idea dalam mengubah suainya. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 58.5K likes, 2,087 comments dan 200 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak menyesal bawa guni masuk mall ya, hasilnya memuaskan!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: