seismik

Perkongsian Lelaki Ini Bantu Pasangan OKU Pendengaran Naik Moto Atas Highway Undang Sebak

Allahu. Rasa luluh hati bila baca.

Cover image via Zairul Eizam/Facebook

Setiap manusia yang dicipta oleh Allah SWT akan sentiasa diberi musibah serta ujian dalam hidup ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Malah, setiap orang mempunyai masalah yang tersendiri. Mereka akan diuji dengan berbagai jenis ujian, namun sebab yang Allah berikan adalah sama sahaja. Allah juga akan menguji seseorang itu kerana Dia mempunyai rahsianya tersendiri.

Sama ada untuk menambah iman seseorang, ataupun menguji sejauh mana keimanan seseorang itu. Ujian yang diberikan turut membuka mata hati serta mampu untuk mendidik diri supaya tidak mudah untuk putus atas dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak dan duri.

Tidakkah kita sedar bahawa ujian yang diberikan juga dapat mematangkan diri.

Lain orang, lain ujian yang diberikan oleh Allah SWT

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Steady

Seperti perkongsian yang ditulis oleh seorang lelaki di laman Facebook iaitu Zairul Eizam di mana dia menceritakan pengalamannya membantu pasangan OKU Pendengaran di atas lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Perkongsian tersebut berjaya meraih lebih 7.2 ribu shares ketika artikel ini ditulis. Baca penuh di bawah:

Ketika sedang menunggang motor di atas Lebuhraya Guthrie, kelihatan sebuah motosikal yang ditunggang dengan keadaan tidak stabil...

Dua kali saya menangis dengan asbab yang berlaku. Luluh hati. Sekitar waktu maghrib semalam, tengah laju bawa motor dekat Highway Guthrie, perasan ada satu motor ni menunggang macam tak stabil. Dalam hati apa ke halnya ni. Bahaya betul.

Sepintas lalu, saya toleh ke sebelah kiri. Sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak di depan penunggang dan ada sepasang kaki terjulur di antara pembonceng belakang.

"Allahu, ada baby". Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu.

"Bang, kenapa ni". Tanya saya. Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap. Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU Pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang.

Terus dapat idea, saya keluarkan handphone dan taip apa yang berlaku. Kemudian saya tanya rumah di mana. Si isteri yang sedang kendong baby, cuba membalas soalan saya. "Bukit Subang".

Kebetulan ada pakcik turut sama bantu dan bagi cadangan supaya tukar motor. Saya bawa motor mereka dan mereka sekeluarga naik motor saya. Terus setuju, sekurang kurangnya, mereka selamat sampai ke rumah. Pak cik tu sempat hulur not 10 pada si suami.

Berhenti untuk lihat apa yang berlaku. Mujur tak hujan sepanjang perjalanan dari Hospital Ampang ke Bukit Subang (50km). Si suami yang kerja kilang perlu cuti untuk tunai tanggungjawab.

Apabila ditanya isteri kerja di mana, jawapannya...

Saya tonjol dari belakang sampailah ke Caltex Denai Alam untuk bantu isi angin tayar. Sempat juga saya tanyakan pada si isteri kerja di mana. Yelah saya beranggapan, mungkin mereka bekerja dan hantar ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri, "Tak kerja. Kami dari Hospital Ampang. Check up baby. Ada masalah hearing".

Terus saya menangis. Berkata dalam hati. Apa Tuhan nak tunjuk pada aku ni. Saya terus taip di Whatsapp, nyatakan bagi saya bawa motor si suami ni, sampai ke rumah. Mereka bersetuju. Sampai di premis perumahan flat kos rendah berdepan Surau Al Mahdi, Taman Bukit Subang, Shah Alam. 

Saya parkir dan serahkan kunci motor mereka. Saya nekad nak bantu mereka. Saya nyatakan yang saya nak tulis cerita di Facebook untuk bantu mereka. Dengan izin Allah, bantuan sampai. Bila mana saya nyatakan begitu, si isteri dan suami tadi mengalirkan air mata. Mungkin merasakan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mereka juga maklum, anak sulung, sempurna tapi ini speech delay. 

Tak semena-mena saya sekali lagi menyeka air mata melihat si ibu mengendong Nur Jannah dan si ayah memimpin Muhammad Ziyad Wafi.

Comel betul adik Nur Jannah. Semoga adik ini dapat mendengar dengan baik, hasil bantuan kalian. Saya sempat tanya kenapa mereka tak check up di Hospital terdekat. Jawab si suami.

Kami terlepas waktu check up dan perlu datang pada tarikh 17 Januari 2020. Pihak hospital Ampang juga bersetuju untuk tukar lokasi check up Adik Nur Jannah ke Hospital Sungai Buloh.

Kami bertukar motor. Mereka bawa motor saya dan saya bawa motor mereka. Dengan harapan, mereka selamat sampai ke rumah di Bukit Subang. Saya tak faham apa yang mereka bincangkan. Tapi hati saya luluh melihat ketabahan keluarga ini. Saya sempat berlari kejar mereka ke koridor rumah flat untuk ambil nombor telefon si suami.

Lelaki ini turut menyeru orang ramai supaya menghulurkan bantuan bagi meringankan beban pasangan OKU ini

Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan. Yakinlah. Dengan kudrat yang kita ada, waimah dengan berkongsi entri ini atau berkongsi wang ringgit yang ada ianya akan memudahkan urusan dan tugasan keluarga ini. 

Bagi kalian yang ingin membantu, saya sertakan nombor akaun dan nombor telefon si ayah:

- 12234020181048 - Bank Islam

- 0129414966 - En. Zubair Muhammad

- Facebook - Zubair Muhammad

InsyaAllah, hari ini kita bantu orang, esok Allah bantu kita pula. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebenarnya ramai je orang baik di dunia ni :')

You may be interested in: