seismik

Dietitian Ini Kongsi Kenapa Tak Boleh Sesuka Hati Makan 'Sports Candy' Ini Walaupun Sedap

Gula-gula ini bukan seperti gula-gula biasa. Ia mempunyai kandungan sodium di dalamnya.

Cover image via Mohd Khairul Azuan / Facebook & rollwithcarol

Anda pernah tak jumpa kawan-kawan yang sentiasa ada gula-gula dalam beg?

Image via Imgflip

Ramai juga orang yang wajib ada gula-gula dalam beg tangan. Sebab mereka jenis yang senang loyar tekak. Lepas makan apa-apa, mesti kena makan gula-gula untuk menetralkan kembali tekak. Contohnya, gula-gula Hacks yang boleh menyegarkan bau nafas serta-merta. Sebab itulah ramai yang beli gula-gula ini dan simpan dalam beg tangan.

Tapi tahukah anda, ada gula-gula yang TIDAK BOLEH anda sesuka hati ambil seperti gula-gula yang lain? Contohnya, sports candy iaitu Himalaya Salt.

Sports candy - Himalaya Salt.

Image via Google

Ya, ini merupakan sports candy yang tidak patut diambil secara sesuka hati. Hanya jika perlu!

Pengguna Facebook yang merupakan seorang dietitian iaitu Mohd Khairul Azuan telah berkongsi tentang apa sebenarnya kandungan di dalam gula-gula ini dan mengapa ianya tidak boleh diambil pada bila-bila masa.

Memang sedap dan semakin viral. Sehinggakan habis dijual di kedai!

Image via fbcdn.net

Saya mahu beri sedikit info berkenaan 'sport candy' ini. Gula-gula ini bukan diambil suka-suka menggantikan gula-gula biasa. Ia mempunyai kandungan sodium di dalamnya. Kadar pengambilan garam sudah cukup banyak kita ambil secara semulajadi atau secara tambahan dalam makanan harian kita. Ia bukan pilihan yang lagi baik atau lagi 'sihat' hanya kerana ia dari himalayan salt. Kandungan sodiumnya adalah lebih kurang sama sahaja!

Di bawah merupakan mereka yang sesuai ambil gula-gula jenis ini?

Mereka yang dalam keadaan aktif berpeluh, mereka yang hiking dalam jangka masa yang panjang dan mereka yang mempunyai kadar sodium yang rendah dalam darah.

Kalau anda ada masalah darah tinggi, jantung atau buah pinggang jangan sesuka hati ambil. Yang mengandung dan nak hilangkan loya pun kena jaga-jaga. Lebih-lebih lagi bagi yang ada pregnancy induced hypertension (PIH).

Sebelum ambil apa-apa jenis sports candy, anda perlu tahu bahawa dalam makanan seharian pun dah cukup sodium sebenarnya.

Makan jika perlu sahaja.

Gambar sekadar hiasan.

Image via American Heart Association

Banyak kajian telah dilakukan dan dianggarkan pengurangan sebanyak 1gram garam boleh menurunkan tekanan darah purata sebanyak 2 mmHg, yang mana boleh menurunkan risiko strok sebanyak 10% dan penyakit jantung sebanyak 5%. Had pengambilan sodium dalam sehari adalah 2000mg.

Di bawah merupakan contoh kenapa kita tak perlukan lagi gula tambahan dari gula-gula jenis ini bagi orang normal:

Dalam makanan semulajadi kita biasanya ambil dalam 12% sodium, sodium yang ditambah dalam masakan adalah lebih kurang 5%, sodium yang ditambah semasa makan lebih kurang 4% dan sodium yang datang dari makanan yang diproses adalah dalam 77%

Cukup dah sodium dalam makanan harian kita. Tak perlu lagi dari candy ini.

Jadi, elakkan pengambilan sodium yang berlebihan ya!

Penyakit darah tinggi adalah yang paling dekat perkaitannya dengan sodium. Komplikasinya seperti pening kepala yang berterusan, sakit jantung dan masalah buah pinggang. Elakkan sodium yang berlebihan lagi. Sudah cukup banyak.

Pengambilan candy ini semata-mata mahu lebih sihat adalah mitos. Dan saya tak pasti kenapa orang ambil ia untuk legakan sakit tekak sedangkan ia tidak mempunyai lozeng pun. Anda hanya menambah sodium dalam diet tanpa sedar.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian kesihatan lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: