seismik

Lelaki Ini Digelak Rakan Ingat Bola Masuk Longkang, Tapi Sekali Lain Pula Yang Jadi

Macam mana dia buat tu?

Cover image via @syahirnaz_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di antara kita yang rindu untuk keluar jalan atau lepak bersama rakan bukan?

Semenjak pandemik Covid-19 berlaku, tidak semua aktiviti boleh dilakukan kerana takut akan menyebarkan lebih jangkitan itu kepada orang lain.

Ada di antara pemilik kedai terpaksa 'gulung tikar' kerana perniagaan yang tidak laku akibat Covid-19. Namun, masih ada beberapa aktiviti yang menarik anda dan rakan-rakan boleh lakukan ketika keluar bersama.

Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila gelagat sekumpulan lelaki bermain bowling menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kena gelak dengan rakan-rakan sebab baling bola masuk longkang, tapi lain yang pula jadi

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki bersama beberapa orang lagi rakannya sedang menuju keluar untuk bermain bowling.

Namun setibanya di sana, seorang rakannya mula bersedia untuk membuat balingan. Pada mulanya, melihat pada gaya dan cara balingan rakannya itu bermain seolah-olah sudah tahu yang bola tersebut akan masuk ke dalam longkang.

Tetapi apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja rakannya itu membuat balingan, keadaan di tengah-tengah berubah menjadi perkara yang tidak disangkakan. Bola rakannya itu dilihat seperti melantun kembali dan kena pada strike.

Kejadian itu membuat dia dan rakan-rakannya terkejut sambil ketawa kerana tidak mempercayai apa yang telah berlaku.

"Masih membuat pemerhatian yang tiada jawapan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat lelaki tersebut. Malah, ada juga yang berpendapat perkara sebegini adalah luck kerana jarang berlaku.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 274.2K views, 58.8K likes dan 1,032 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terus terkejut semua tengok. Power lah! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: