seismik

"Bakat Terpendam" - Lelaki Buat Latihan Berenang Sendiri Ini Curi Tumpuan & Komen Netizen

"Mak, ada ikan terlepas" - Warganet

Cover image via @darkizzx (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan pandemik yang berlaku sedikit sebanyak mengubah kehidupan seharian kita

Sebagai contoh, pelajar yang mengikuti kelas berenang tidak boleh menghadiri kelas tersebut kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di seluruh negara. Aktiviti tersebut juga agak sukar dijalankan secara dalam talian.

Tular video di TikTok baru-baru ini apabila seorang pelajar lelaki belajar berlatih berenang sendiri di biliknya telah mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@darkizzx

ini semua salah PKP

original sound -

Tunjukkan bakat terpendam dengan berlatih sendiri di dalam bilik

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pelajar lelaki sedang berada di dalam bas yang videonya berkapsyenkan "seorang kawan saya telah berlatih untuk Olympic 2020 tetapi telah direject last minute".

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila video menunjukkan cara dan aksi lelaki itu berlatih di dalam bilik. Lebih melucukan lagi, lelaki itu dilihat memakai pakaian renang lengkap dan berlatih berenang atas katil. 

"Kalau dia join, confirm tak tenang lifeguard tepi kolam tu" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat lelaki itu berlatih berenang di dalam bilik. Malah, ramai juga yang menyakatnya dengan komen-komen yang lucu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu mendapat 174K tontonan, 27K tanda suka dan 300 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam-macam lah perangai akibat bosan PKP ni :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: