seismik

Lebih Adil Kepada Semua, Amalan 'Booking Tempat' Di Masjid & Surau Perlu Penambahbaikan

Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada kita semua.

Cover image via Ahmad Fadhli Bin Shaari (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Amalan menempah tempat untuk menunaikan solat di rumah Allah mungkin perlu ditambah baik di sesetengah tempat surau dan masjid

Itu luahan yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari setelah melalui pengalaman menunaikan solat Jumaat di salah sebuah surau yang dibenarkan untuk solat Jumaat di ibu kota.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya yang dimuat naik semalam (Jumaat), Ahmad Fadhli berkata, beliau tiba pada pukul 12.35 tengah hari.

"Saya lihat di luar ruang solat utama, sudah agak ramai duduk menunggu masuk waktu. Saya masuk ke ruang utama. Alhamdulillah masih kosong.

"Berbunga-bunga hati rasanya selepas sekian lama tidak berkesempatan mendirikan solat Jumaat," katanya.

Berikut di bawah adalah perkongsian penuh yang dimuat naik oleh beliau di Facebook:

Semua tempat dalam surau sudah dibooking, siap ada kertas bertulis nama di atas setiap sejadah

"Sebaik sahaja saya meletakkan sejadah, seorang jemaah dengan lembut meminta saya untuk beredar keluar. Katanya, semua tempat sudah ditempah.

"Oh, baru perasan sudah ada kertas bertulis nama di atas setiap sejadah. Patutlah lebih ramai jemaah di luar berbanding ruang utama di dalam. Semua (jemaah) sedang ambil wuduk. Saya ambil sejadah, solat di luar," kata Ahmad Fadhli.

Begitupun, beliau berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan surau dan masjid yang bertungkus-lumus menjaga rumah Allah SWT serta memastikan keselesaan.

Tambahnya lagi, amalan tempah tempat sebegitu perlu sedikit penambahbaikan.

"Amalan 'booking tempat' ini barangkali perlu sedikit penambahbaikan.. kalau saya, terasa juga malu nama tercatat atas kertas di sejadah ni tapi lewat tiba sehingga khutbah diperdengarkan.

"Semoga ALLAH memberikan hidayah kepada kita semua," ujarnya lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: