Larangan Penjualan Vape Di Terengganu Bakal Berkuat Kuasa Bermula 1 Ogos Ini
Difahamkan, syarat-syarat lesen perniagaan akan diperkemaskan bagi memastikan larangan penjualan produk vape dapat dikuatkuasakan sepenuhnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penguatkuasaan larangan menjual rokok elektronik (vape) di Terengganu akan bermula 1 Ogos ini
Menerusi laporan Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata perkara itu diputuskan sebagai langkah proaktif kerajaan dalam membendung penjualan dan penggunaan produk vape terutama terhadap generasi muda.
"Antara keputusan yang dipersetujui ialah kerajaan negeri mengekalkan dasar sedia ada dengan tidak meluluskan lesen perniagaan kepada mana-mana premis yang menjual produk vape selaras dengan undang-undang kecil yang berkuat kuasa di semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) Terengganu.
"Syarat lesen perniagaan pula akan diperkemas bagi memastikan larangan penjualan vape dapat dikuatkuasakan sepenuhnya," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah.
Image via Penyu SukanKerajaan negeri tidak akan menerima sebarang bentuk pengiklanan daripada mana-mana syarikat pengeluar vape
Tambahnya, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak menerima sebarang bentuk tajaan daripada mana-
mana syarikat pengeluar atau pengedar vape untuk sebarang penganjuran acara membabitkan kerajaan negeri.
"Tempoh lanjutan selama tiga bulan dari 1 Mei hingga 31 Julai 2025 akan diberikan sebelum aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Ogos termasuk membabitkan papan iklan berkaitan perniagaan vape.
"Bagi menjaga kebajikan pengusaha vape yang terjejas, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan menawarkan penyertaan dalam kursus keusahawanan serta peluang perniagaan dalam sektor yang lebih mampan dan selamat," katanya.
Wan Sukairi berkata, mana-mana pengusaha vape yang masih menjalankan aktiviti perniagaan selepas tempoh larangan dikuatkuasakan akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang kecil yang digubal di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu hukuman kompaun, sita dan pendakwaan di mahkamah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!