seismik

Musim Tengkujuh Bakal Tiba, TNB Sudah Siap Sedia Hadapi Banjir Terburuk

Cayalah TNB!

Cover image via I Love Kelantan / Facebook

Penghujung tahun merupakan waktu yang agak membimbangkan di kawasan tanah rendah di Malaysia

Image via Astro Awani

Ini kerana perubahan monsun yang membawa hujan lebat dan angin kencang menjadi penyebab utama banjir.

Bagi menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan telah pun bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan buruk yang berlaku.

Tiga empangan jadi tebatan banjir

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Penjanaan TNB, Roslan Abd Rahman, pihaknya sudah membuat persiapan awal iaitu menjadikan empangan sebagai tebatan banjir.

Tiga empangan TNB yang diletakkan dalam keadaan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh ialah empangan hidroelektrik di Tasik Kenyir, Terengganu, Cameron Highlands, Pahang dan Sungai Perak, Perak.

Empangan Tasik Kenyir

Image via Berita Harian

Menurut beliau, selain menjana elektrik, empangan TNB mempunyai kapasiti menakung air di hulu sungai yang dapat mengelakkan bencana lebih besar daripada berlaku di kawasan hiliran setiap kali musim tengkujuh.

Persiapan dengan semua agensi yang terlibat

Selain itu, bagi memastikan semua pihak berada dalam keadaan siap siaga, beberapa siri taklimat persediaan dan latihan kecemasan di stesen hidroelektrik dan pejabat operasi TNB dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan anggota terlibat menghadapi musim tengkujuh ini.

Persediaan dilakukan bersama pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan bagi memastikan proses pelepasan air secara terkawal di beberapa empangan hidroelektik mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

TNB memberi jaminan bahawa semua empangan berada dalam keadaan baik

Empangan Ulu Jelai, Cameron Highlands

Image via smec.com

TNB dalam kenyataan yang dikeluarkan turut memberi jaminan semua empangan hidroelektrik milik syarikat utiliti nasional ini berada dalam keadaan baik serta selamat.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, boleh menghubungi talian TNB CareLine di 1-5454 atau Facebook TNB Careline.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Konsep dan idea-idea ini pun menarik juga kalau terlaksana!

You may be interested in: