seismik

Lambang Ikonik 'Drinking Horse' Di Pantai Tusan Runtuh. Pembinaan Jalan Jadi Punca?

Sedihnya.

Cover image via Instagram @kampongtraveller | & Luka Nis Man / Facebook

Tusan Cliff, salah satu tarikan pelancongan di Miri, Sarawak dilaporkan telah runtuh pada malam 21 Februari 2020

Ahli Parlimen Sibuti, Luka Nis Man Awang Sauni mengesahkan perkara ini menerusi sebuah posting di Facebook. Beliau yang pada mulanya menyangkakan berita ini palsu berasa amat sedih apabila mendapati lambang ikonik itu sudah tidak kelihatan di Pantai Tusan.

"Saya terus ke Tusan dan saya ingin mengesahkan bahawa struktur Drinking Horse Tusan Cliff adalah berita benar. Saya amat bersedih atas kehilang ikon Tusan yang menjadi tarikan pengunjung selama ini," tulis beliau.

Sebelum

Image via Lonely Planet

Selepas

Image via Luka Nis Man / Facebook

Tebing ini dikenali sebagai 'Drinking Horse' kerana strukturnya menyerupai kepala kuda seakan-akan sedang minum air

Image via BERNAMA

Dalam pada itu, Luka Nis Man ingin mendapatkan penerangan daripada pihak berkuasa tentang bagaimana struktur megah ini boleh runtuh.

"Pantai Tusan menjadi viral apabila kemunculan Blue Tears beberapa tahun lepas dan sebaik sahaja viral, Pantai Tusan menerima pelawat dan menjana ekonomi setempat.

"Drinking Horse juga telah menjadi tempat insta-worthy yang sering dimuat naik di media sosial. Terasa satu kehilangan keindahan semula jadi yang sukar untuk diganti," tulis beliau lagi.

Blue Tears di Pantai Tusan

Image via Viator

Apa puncanya? Pengerusi Malaysian Nature Society (MNS), Musa Musbah percaya struktur itu runtuh akibat pembinaan jalan dan tembok di kawasan tersebut.

Pengerusi Malaysian Nature Society (MNS), Musa Musbah

Image via Utusan Borneo

Memetik laporan Utusan Borneo, Musa berkata pembinaan jalan ke pantai berdekatan Tusan Cliff itu dibuat bertujuan memudahkan jentera turun bagi membuat benteng pemecah ombak berdekatan struktur itu.

“Bagaimanapun pembinaan jalan itu menyebabkan batu pasir yang lembut menjadi seperti span dan melongsor jatuh mengikut kecuraman 45 darjah itu.

“Pada pendapat saya, perundingan geologi hendaklah dibuat sebelum membuat jalan tersebut,” katanya.

Image via The Borneo Post

Tahun lepas, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin memberi keutamaan untuk menyelamatkan Tusan Cliff daripada musnah

Datuk Lee Kim Shin (tengah) bersama para kontraktor

Image via The Borneo Post

Pada Ogos 2019, Lee berkata pihak kontraktor sedang membina jalan masuk ke pantai supaya benteng penghadang untuk melindungi Tusan Cliff dapat dibina.

"Saya sudah menekankan perkara ini pada permulaan projek kerana kita perlu melindungi 'Kepala Kuda' tersebut sebelum ia terhakis. Jalan masuk diperlukan untuk membawa batu ke bawah bagi membina tembok penghadang.

"Tanpa 'Kepala Kuda', Pantai Tusan akan kehilangan tarikannya. Sebab itulah kami memberi keutamaan untuk menyelamatkannya, kerana inilah yang menjadikan Pantai Tusan terkenal," kata Lee.

Tusan Cliff kini tiada lagi.

Image via Instagram @kampongtraveller

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Yang mana minat muzium tu, bolehlah singgah ke sini:

You may be interested in: