seismik

Laman Web CIMB Clicks & Aplikasi Maybank2u Alami Gangguan Teknikal Hari Ini

Jangan risau ya duit anda tak hilang.

Cover image via The Malaysian Reserve

Laman web CIMB Clicks tidak dapat diakses buat sementara waktu, dengan pengguna digalakkan untuk menggunakan aplikasi mudah alih CIMB Clicks buat masa ini

Sementara itu, Maybank pula mengalami masalah "intermittent" dengan laman web dan aplikasi mudah alih Maybank2u serta sebilangan pengguna tidak dapat mengakses akaun mereka.

Menurut CIMB, laman web CIMB Clicks mereka tidak akan dapat diakses kerana “system downtime” dari jam 3 petang hingga 8 malam hari ini pada 26 Oktober, walaupun pelanggan di Twitter telah menyuarakan aduan mengenai laman web tersebut dari awal pagi ini.

Image via RinggitPlus

Dalam pada itu, Maybank mengalami masalah log in bagi laman web dan aplikasi, walaupun beberapa pengguna masih dapat mengakses akaun mereka

Beberapa jam lepas, mungkin ada antara anda yang sedar bahawa berlaku gangguan kepada laman web dan aplikasi CIMB Clicks serta Maybank2u ini.

Gangguan kepada laman web dan aplikasi ini telah mengundang perbualan hangat di Twitter selepas rata-rata pengguna mula panik kerana tidak dapat mengakses dua bank tersebut menerusi online.

Berikut di bawah antara komen daripada netizen:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: