seismik

Lakonkan Situasi Dalam Pantang Jalan 'Kepit', Gelagat Wanita Ini Buat Ramai Boleh Relate

Kalau tak kepit habislah kena marah.

Cover image via @mastershila (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lumrah selepas melahirkan zuriat, semua wanita perlu berpantang sekurang-kurangnya 44 hari

Hal ini bertujuan supaya luka jahitan serta kesihatan dalaman juga luaran kembali pulih seperti sebelum mengandung.

Namun, ramai yang mengambil mudah dan tidak berpantang betul-betul seperti cara orang lama pada zaman moden kini.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video memaparkan seorang wanita melakonkan situasi semasa berpantang telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kaki kena sentiasa kepit, ramai pula yang boleh relate situasi sama

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mastershila, kelihatan wanita itu melakonkan situasi semasa sedang berpantang.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia disuruh oleh orang yang menjaganya ketika berpantang untuk berjalan dengan mengepit kaki setiap masa.

Walaupun video tersebut kelihatan lucu, tetapi itu sebenarnya memang pantang larang orang tua-tua dulu jika mahu luka jahitan cepat sembuh.

"Tengah tidur kaki kena ikat, terkejut saya ingatkan kena culik haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 1.5M views, 107.6K likes dan 2.8K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dah boleh relate dengan lakonan wanita itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kadang-kadang memang rasa nak jalan laju je, tapi itulah nanti mesti kena tegur dengan mak atau mak mentua kan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: