seismik

Lakonan Anak-Beranak Bikin Dekah, Topi Budak Yang Dipakai Mak Cik Ini Menarik Perhatian

Power mak cik naik motor.

Cover image via @___kallz (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelbagai content yang dilakukan oleh pengguna laman sosial terutamanya pengguna di TikTok

Antaranya, lakonan seperti parodi, lakonan semula dan sebagainya bertujuan untuk memberikan hiburan kepada orang ramai.

Seperti video yang tular di TikTok ini yang memaparkan seorang mak cik menaiki motosikal dengan memakai topi keledar kanak-kanak telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Lakonan yang menarik siap digelar sebagai mak cik 'puyu'

Melalui lakonan yang dimuat naik oleh @___kallz di laman sosialnya, babak yang dilakonkan mengisahkan mak cik itu mengajak rakannya untuk bersiar-siar di pusat beli-belah dengan menaiki motosikal.

Tambahan pula, seorang watak bernama Bella yang dilakonkan oleh pemilik TikTok itu turut menarik perhatian apabila dia memakai solekan tebal itu mencuit hati ramai.

Netizen juga turut memuji cara mak cik itu berlakon menjadi sehingga membuatkan ramai yang tertawa. Dia siap menunggang motosikal demi lakonannya.

"Pandai mak cik berlakon bawa motor" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan lakonan yang dilakonkan mak cik dan lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sebanyak 3.4M views dan 278K likes di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Power mak cik berlakon, boleh berlakon lagi lepas ni! :P

Image via Gfycat.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: