seismik

“Lain Macam Cara Rakam” - Show Off Skill Videografi Tetapi Hasilnya Lain Pula Jadi

Hampeh!

Cover image via @andilempong (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita tahu, dunia kini sudah semakin maju dengan peredaran digital termasuklah kemahiran fotografi fan videografi

Jika dilihat pada zaman sekarang, semua orang mempunyai telefon pintar. Daripada telefon pintar itu, pelbagai fungsi teknologi yang boleh dijadikan inisiatif anak muda untuk mencipta sesuatu yang baru. Sebagai contoh, skills fotografi dan videografi.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini berkenaan anak muda merakam video dengan gaya yang tersendiri mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@andilempong

Balas @_dffa01 ini bukan karena konten ya..sekedar hiburan ajabismilahirohmanirohim fyp.#fyp #fyp #beranda #masukberanda

original sound - A L D I - A L D I

Merakam video rakannya berjalan sambil kakinya diseret oleh rakan yang lain

Menerusi video berdurasi 27 saat yang dimuat naik oleh @andilempong, kelihatan 3 orang anak muda sedang membuat konten video. 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila seorang lelaki yang merakam itu terbaring atas bajak sawah untuk merakam rakannya yang berjalan seolah-olah model. Fuh, angle dia padu! 

Lelaki yang merakam itu pula kakinya diseret oleh seorang lagi rakannya supaya perjalanan dan proses video itu nampak smooth dan lancar. 

Tetapi apa yang menghampakan adalah apabila hasil video itu dipaparkan, lain pula jadinya, video berkenaan menunjukkan perakaman lelaki yang terbaring itu. Aduhai, salah tekan butang pulak!

"Jangan buat aku emosi bulan puasa ni..." - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih 16M views, 1.7M likes dan 44K comments di TikTok.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen terhibur dengan aksi 3 anak muda tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terhibur kami dik, terima kasih sebab tolong petani bajak sawah! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: