seismik

Lagu Viral 'Tob Tobi Tob' Di TikTok, Ini Sejarah & Dari Mana Asal Usulnya Anda Kena Tahu

Semoga bermanfaat untuk semua.

Cover image via Worship Ideas

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di TikTok ramai yang berkongsi konten-konten mereka sebagai hiburan ataupun sebagai perkongsian berguna

Malah, penggunaan lagu atau sound juga sangat memainkan peranan kerana ia boleh menjadi viral dan tersebar dengan segera.

Apatah lagi jika semakin ramai yang menggunakannya di dalam konten mereka.

Antaranya adalah lagu 'Tob Tobi Tob' yang boleh kita lihat digunakan ramai pengguna media sosial. Tahukah anda sebenarnya ada sejarah di sebalik lagu viral tersebut.

Image via RRI

Lagu viral sebenarnya adalah syair, dicipta untuk mencabar daya ingatan seseorang

Menerusi video perkongsian di akaun Facebook Dr. Kamilin Jamilin, dia memberitahu lagu tersebut sebenarnya berasal dari puisi Arab klasik berjudul Sawt Safiri Al-Bulbuli (Suara Burung Bulbul) yang dicipta oleh penyair terkenal, al-Ashma’i.

Difahamkan, al-Asma'i, dikatakan menciptanya untuk mencabar Khalifah Abu Ja'far al-Mansur.

Menurutnya, Khalifah mempunyai kebolehan menghafaz syair setelah hanya mendengarnya sekali yang juga dibantu oleh hambanya yang mampu menghafaznya setelah dua tiga kali mendengar.

Tetapi, puisi al-Ashma’i ini telah berjaya mencabar kebolehan Khalifah sehingga membuatkan dia rumit untuk menghafalnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Science Focus

Buat pertama kalinya, Khalifah al-Manshur gagal menghafalnya dek kerana keunikan puisi tersebut yang membuatkannya susah untuk diingati.

Sebagai tanda kemenangan al-Ashma’i, Khalifah kemudian memberikannya hadiah emas yang sangat berat sehingga ia memerlukan empat orang untuk membawanya.

Lirik Sawt Safiri Al-Bulbuli (Tob Tobi Tob)

Sawtu shofiiril bulbuliy, hayyaj qalbits tsamili
Al ma-u wazzahru ma'a, ma'zahri nakhthim muqali

Wa anta yaa sayyidal liy, wasayyidiy wa maw laliy
Fakam fakam tayammuniy, 'uzayyilul 'aqiqali

Fathoftahu miw wajnatin, mil latsmi wardil khajali
Fa qala laa laa laa laa, wa qad ghadaa mu harwili

Walkhudu maa lat thoraban, min fa'li haa dzar rajuli
Fa wal walat wa wal walat, waliy waliyya way laliy

Faqultu laa tu walwily, Wa bayyinil lu'lu aliy
Qaa lat lahu hiyna kadza, innah dhawijd bil muqali

Wa fityatin saqaw lani, qahwat kal'usasiliy
Syamamtuhaa bi-anafi azka minal quruquni

Fi wasthi bustanil huliy bilzahri wasururuliy
Wa'ludu dandan dana li, watoblu tob tob tobali

Tob tobi tob tob tobi tob tob tobi tob tob tobaliy
Wasaqfu saq saq saqliy wa raqsu qad tho ba iliy

Syawaa syawaa wa syaa hisyu, 'ala waraq sifarjali
Wagarradil qimriya yishiyhu malalil fii malaliy

Wa law taraaniy raakiban, 'ala himarin azzali
Yimsyii 'ala tsalatsatin kamsyyatil 'aranjiniy

Wannasu tarjim jamaliy, fissuwqi bil qulqulaliy
Walkullu kalka'ka'ika' khalfi waminhu waylaliy

Lakim nasyaytu haa riban, min khasyyatil 'aqaqali
Ila liqaa-i malikin, mu'adzhdzhamim mubajjali...

Ya'muruliy bikhil'atin, khamra-a kaddam damaliy
Ajurru fiiha maa syiyan, mubghadidal lidzdziyali

Anal-adiibul alma'iy, min hayyi' ardhil mushili
Nadzhimtu qith'an zikhrifat, ya'ajuzu 'anhal-adbuli
Aquulu fi mathla-'ihaa shawtu shafiiri bulbuliy

Lihat video penerangan di bawah:

Al-kisah, barulah faham cerita sebenar :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: