seismik

Seminggu Lagi Nak Kahwin, Tunang Lelaki Ini Minta 'Cancel' Sebab "Tak Ada Hati". Rupanya..

"Bayangkan, lagi seminggu nak bernikah dia cakap cancel dia tak ada hati."

Cover image via Syafiq Azmi / Facebook

"Kad kenduri dah edar semua. Keluarga saya yang tanggung malu."

Begitulah luahan seorang lelaki yang dikenali dengan nama Syafiq Azmi di Facebook yang ditinggalkan tunang 9 hari sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Menurut Syafiq, setelah sekian lama bersabar, dia akhirnya terpaksa membawa perkara ini kepada khalayak awam sejurus selepas dirinya di-blocked oleh bekas tunangnya itu yang didakwa berhutang ribuan Ringgit.

Pada mulanya, mereka berdua sudah setuju untuk berkahwin. Namun, Syafiq yang telah banyak berkorban akhirnya ditinggalkan oleh bekas tunangnya itu atas alasan 'tak ada hati'.

Lebih memilukan, Syafiq kemudian mendapati bahawa bekas tunangnya itu melangsungkan pertunangan dengan lelaki lain tidak sampai sebulan selepas meninggalkannya.

Syafiq cuba untuk bersabar dan memilih untuk berunding cara baik bagi menyelesaikan isu hutang tersebut. Tetapi, bekas tunangnya itu bertindak untuk blocked sehingga dia tidak ada cara untuk berkomunikasi menerusi media sosial. Malah, bekas tunangnya itu turut tidak dapat ditemui setelah dicari di merata tempat, termasuk rumahnya.

Baca perkongsian penuh Syafiq di bawah:

Bahagian 1:

Sekian lama aku diam akhirnya hari ni benteng kesabaran aku pecah. Orang yang tak tahu cerita mudah kata aku salah tapi depa tak tahu puncanya dari sapa! Seminggu nak kahwin tiba-tiba cakap tak mahu kahwin, katanyaa tak ada hati. Dah tak ada hati, buat apa hang kejan aku nak bertunang lah, nak menikah awal? Untuk apa?

Aku bayar duit kutu hang bulan-bulan, bayar duit sewa rumah hang apa segala sebab aku niat nak jadikan hang halal untuk aku tapi ini yang aku dapat? Tak selamanyaa hang di atas. Putus tunang dengan aku, takdan sebulan hang bertunang dengan orang lain? Hebat permainan hang.

La ni aku tak nak tahu hang nak melingkup ka apa ka, aku dah cukup bersabar dengan hang dan bukannya aku tak minta cara baik bayar duit-duit aku tapi hang yang memaksa untuk aku viralkan muka hang. Aku dah mesej dah minta ajak bincang luar dan dah bersabar tapi hang memilih jalan untuk block aku. So harapnya lepas ni pandai la cari aku pulak.

Report polis bakal menyusul lepas ni. Jangan lari-lari dah ya. SP tak besar mana. Minta sahabat-sahabat saya share kisah saya. Saya buat kebaikan tapi dibalas tahi oleh perempuan ni.

Bahagian 2:

Tujuan saya update status ni bukanlah untuk aibkan dia. Niat saya cuma nak cari dia sebab dia block saya di semua media sosial. Saya pergi rumah, dia tak ada. Merata saya cari. Orang di sebelah pihak dia kata saya yang bersalah sedangkan terang lagi bersuluh perempuan tu yang ada orang lain.

Bayangkan, lagi seminggu nak bernikah dia cakap cancel dia tak ada hati. Lepas cancel semua, dia bertunang dengan lelaki lain. Kalau tuan-tuan di tempat saya apa yang tuan-tuan rasa? Persiapan majlis semua dah siap. Keluarga saya tanggung malu. Kad kenduri dah edar semua.

Saya minta maaf kalau ada siapa-siapa terasa dengan status saya. Saya takkan delete status ni selagi saya tak dapat apa yang saya tuntut dari perempuan tu. Saya ikat perut tak makan dok bayar hutang perempuan tu yang saya anggap bakal jadi bini saya. Saya buat semua tu sebab memang niat saya nak menghalalkan dia. Bukannya nak jadikan dia perempuan simpanan ke apa.

Di sini saya sertakan sekali gambar tunang baru dia yang cakap pandai dengan saya kononnya nak tolong settle hutang-hutang tunang dia. Saya tak cakap tanpa bukti. Nah saya sertakan bukti-bukti. Report polis bakal menyusul. Saya tunggu sampai hujung bulan 11. Kalau tak ada apa-apa, tindakan saya akan file saman malu.

Bahagian 3:

Bukan saja-saja aku nak aibkan siapa. Kalau betul aku nak aib, hari kenduri aku tu aku dah boleh viral. Lagi 9 hari nak akad nikah tiba-tiba minta putus. Sebab tu kalau aku nak viral pun dah boleh viral dah.

Ini sebab janji nak bayar hutang lepas tu sampai tarikh yang dia janji, dia block aku. Tu yang aku viral tu. Bukan sakit hati sebab dia nikah dengan orang lain. Ini sebab dia nak kahwin ada duit. Duit aku tak nak bayar. Lepas tu IG story ada Langkawi pulak hari ni. Terbakar hati saya tuan-tuan.

Apa-apa pun, kami dari Seismik mengharapkan agar isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Sama-sama kita doakan. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: