seismik

Kumpulan Jihad Salafi ISIS Dari Malaysia Diburu Pihak Polis

Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menyertai gerakan Jihad Salafi yang bertujuan untuk membanteras fahaman sekularisme di Timur Tengah. Adakah Malaysia turut dijadikan sasaran?

Cover image via globalpost.com

[TERKINI] Lelaki Warga Kelantan Jadi Pengebom Berani Mati ISIS

Seorang lelaki berasal dari Tumpat, Kelantan dikenal pasti sebagai pengebom berani mati Malaysia kedua yang terlibat dalam pergolakan di Syria.

Ahmad Affendi Abdull Manaff, 27, dipercayai memandu sebuah trak sarat dengan bom ke dalam kawasan tentera di Homs dan membunuh kira-kira 50 askar setia dengan Presiden Syria, Bashar Al-Assad.

themalaysianinsider.com

Sumber Mendedahkan Ahmad Affendi Yang Masih Bujang Itu Pergi Ke Syria Pada 23 April Untuk Menyertai Kumpulan Militan ISIS

Ahmad Affendi Abdull Manaff.

Image via wp.com

Dipercayai bahawa penyerang berani mati itu, yang juga dikenali sebagai Abu Zakaria, berasal dari Tumpat, Kelantan, dan mempunyai kelulusan SPM.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan mengesahkan kematian Ahmad Affendi.

“Berdasarkan pengumpulan risikan, kami mengesahkan dia meninggal dunia dalam serangan itu. Kami percaya dia melakukan serangan tersebut sama ada pada 8 November atau 9 November,” katanya.

wowberita.org

Sebelum Ini, Seorang Pemuda 21 Tahun Dari Kedah, Mohammad Fadlan Shahidi Dan Lima Lagi Rakyat Malaysia Turut Terkorban Dalam Perjuangan Bersama ISIS

Mohammad Fadlan Shahidi.

Image via says.com

12 September: Empat Sekeluarga Dari Malaysia Dipercayai Sertai Perjuangan ISIS

Sepasang suami isteri yang baru bernikah mengambil keputusan meneruskan kehidupan sebagai penjuang militan di Syria bersama 40 rakyat Malaysia lain.

mstar.com.my

Lelaki berusia 37 tahun yang mengahwini janda berusia 47 tahun itu turut membawa bersama dua anak tirinya, iaitu anak isterinya menerusi perkahwinan terdahulu yang berusia 18 dan 14 tahun.

mstar.com.my

Wanita berkenaan serta anak perempuan dan lelakinya itu adalah warganegara Singapura, manakala lelaki berkenaan dilahirkan di Pulau Pinang.

mstar.com.my

Sumber Berkata, Keluarga Berkenaan Ke Syria Pada November 2013, Bagaimanapun Mereka Berpindah-Randah Dan Tidak Menetap Di Lokasi Yang Sama

"Pihak berkuasa percaya lelaki itu menyertai kumpulan Jabhat Al-Nusra, manakala anak tiri lelakinya pula bergiat dalam kumpulan militan Negara Islam (ISIS)."

mstar.com.my

"Isterinya pula bekerja sebagai tukang masak, sementara anak perempuannya mengajar bahasa Inggeris kepada anak-anak pejuang lain di Syria," kata sumber itu.

mstar.com.my

Antara lokasi yang mungkin didiami keempat-empat ahli keluarga berkenaan secara berasingan itu adalah timur Hama, dimana kumpulan militan dipercayai menempatkan pangkalan operasi mereka.

mstar.com.my

11 September: Lima Bekas Tahanan ISA Terlibat Dalam Perjuangan Militan ISIS Di Syria

Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara 40 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (ISIS) dalam peperangan di Syria.

mstar.com.my

(Atas dari kiri) Mohd Lofti, Zainuri, Mohd Rafi, (bawah dari kiri) Samad, Zid Saharani antara lima bekas tahanan ISA yang pergi ke Syria, bersama-sama Zainan (bawah kanan).

Image via mstar.com.my

Kelima-lima mereka merupakan bekas ahli Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM), Zainuri Kamaruddin dan Rafi Udin bersama-sama dengan bekas anggota Jemaah Islamiah (JI), Samad Shukri dan Zid Saharani Mohamad Esa.

kualalumpurpost.net

Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, antara yang turut disenaraikan.

mstar.com.my

Menurut Sumber, Kelima-Lima Mereka Amat Dipengaruhi Oleh Ajaran Pelampau Sehingga Sanggup Melakukan Apa Sahaja Bagi Mencapai Matlamat Perjuangan ISIS

Sumber berkata, Zainuri, Rafi dan Samad pergi ke Syria pada 18 April lalu bersama-sama dengan pejuang jihad Zainan Harith, juga dikenali sebagai Abu Turob, yang terbunuh baru-baru ini.

kualalumpurpost.net
Image via dailymail.co.uk

"Zainan terbunuh dalam serangan di Syria dan tiga yang lain cedera parah. Pihak berkuasa percaya semua bekas tahanan ISA ini masih di Syria berjuang untuk kumpulan militan itu."

kualalumpurpost.net

"Kelima-lima mereka bersama-sama Zainan, amat dipengaruhi oleh ajaran pelampau. Boleh dikatakan, perjuangan mereka di Syria adalah hampir sama antara satu sama lain. Mereka percaya boleh melakukan hampir semua cara untuk mencapai matlamat dalam membela perjuangan mereka," kata sumber berkenaan.

mstar.com.my

Ketika Berada Di Malaysia, Mereka Mengadakan Mesyuarat Yang Digelar Sebagai "Usra" Di Beberapa Lokasi Rahsia. Usul Yang Dibincangkan Termasuk Merancang Rompakan Bagi Membiayai Gerakan Mereka.

"Usra ini termasuk merancang serangan dan rompakan bagi membiayai gerakan pelampau. Matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan senjata dan berjuang di Syria," kata sumber itu lagi.

kualalumpurpost.net

Pemantauan pihak berkuasa turut mengenal pasti pelbagai lokasi "Usra" di Lembah Klang. Antara lokasi tersebut adalah Puchong, Shah Alam dan Puncak Alam di Klang.

mstar.com.my

25 Jun: Video Rakyat Malaysia Dalam Gerakan Jihad Salafi ISIS Tersebar

Salah seorang rakyat Malaysia melaungkan "Allahuakbar" dalam video.

Image via youtube.com

Satu rakaman video di Youtube mendedahkan sekumpulan lelaki dipercayai rakyat Malaysia berada di Syria untuk berperang kerajaan negara itu.

mstar.com.my

Rakaman itu dipercayai dibuat oleh seorang lelaki rakyat Malaysia dengan loghat utara.

mstar.com.my

Sekarang Ini, Segelintir Rakyat Malaysia Didapati Menjadi Pengikut Fahaman Jihad Salafi Oleh Kumpulan Negara Islam Iraq Dan Jajahannya (ISIS) Yang Dikatakan Berupaya Menumbangkan Kerajaan

Mereka adalah rakyat Malaysia yang merupakan pengikut fahaman Jihad Salafi dan sedang menjalani latihan disediakan oleh Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIS), yang berusaha untuk menguasai sebahagian besar negara Timur Tengah itu.

mstar.com.my

Rakyat Malaysia didapati semakin tertarik untuk menyertai gerakan jihad Salafi.

Image via presstv.ir

Namun, kumpulan militan tersebut tidak hanya menjadikan Timur Tengah dalam perancangan mereka. Malaysia boleh jadi negara sasaran utama mereka. Mereka boleh menjatuhkan kerajaan dan membanteras sebarang bentuk pemerintahan sekular.

kedahnews.com

Polis menyedari golongan ini boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan sedang memantau pergerakan mereka.

mstar.com.my

Mereka Yang Menyertai ISIS Terdiri Daripada Kakitangan Awam Dan Pelajar, Termasuk Mereka Yang Belajar Di Sekolah Pondok

Mereka yang menyertai ISIL terdiri daripada kakitangan awam dan pelajar termasuk mereka yang belajar di sekolah pondok.

Image via biyokulule.com

Antara yang terlibat adalah seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditahan pada minggu lalu.

kedahnews.com

Polis mendedahkan penyertaan kumpulan tersebut dalam latihan militan di ISIS berikutan tindakan membanteras gerakan militan antarabangsa yang merekrut ahlinya di Malaysia.

mstar.com.my

Kumpulan Jihad Salafi Ini Memperjuangkan Apa Yang Mereka Anggap Sebagai Ajaran Islam Sebenar. Kemunculan Mereka Bertujuan Untuk Membanteras Fahaman Sekularisme Yang Membelenggu Negara Ini.

Agenda utama kumpulan jihad Salafi adalah untuk menentang fahaman sekularisme.

Image via vosizneias.com

Kumpulan militan Jihad Salafi memperjuangkan apa yang mereka anggap sebagai ajaran Islam sebenar seperti yang diamalkan oleh nenek moyang mereka.

kedahnews.com

Salaf bermaksud golongan atau kaum terdahulu (nenek moyang) dalam bahasa Arab.
Kemunculan gerakan tersebut di Malaysia bertujuan untuk membebaskan negara ini daripada apa yang mereka anggap sebagai belenggu sekularisme.

mstar.com.my

Gerakan Ini Juga Melancarkan Serangan Maut Terhadap Pengikut Syiah Di Syria Dan Iraq. Pada 26 Mei Lalu, Seorang Rakyat Malaysia Dari Pahang Dikhabarkan Menjadi Pengebom Berani Mati Di Iraq.

Rangkaian keganasan ISIS mengejutkan seluruh dunia kerana mereka melancarkan serangan maut yang disasarkan terutamanya kepada pengikut Syiah di Syria dan Iraq.

kedahnews.com

Rangkaian keganasan ISIL mengejutkan seluruh dunia kerana mereka melancarkan serangan maut yang disasarkan terutamanya kepada pengikut Syiah di Syria dan Iraq.

Image via al-akhbar.com

Seorang penduduk kelahiran Pahang menjadi pengebom berani mati pertama dari Malaysia yang maut di Iraq.

mstar.com.my

Suspek terkorban ketika membuat serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu.

kedahnews.com

Walaupun ISIS Dikatakan Tidak Menjadikan Malaysia Sebagai Sasaran, Keupayaan Pertempuran Ahli-Ahlinya Membolehkan Mereka Untuk Meneruskan Agenda Membasmi Unsur-Unsur Sekular Dalam Pentadbiran Negara Ini

Keupayaan pertempuran ahli-ahli jihad Salafi sememangnya mampu membasmi unsur-unsur sekular dalam pentadbiran Malaysia.

Image via israeltoday.co.il

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan mengesahkan usaha memburu militan yang dipercayai membabitkan rakyat di negara ini dalam latihan ISIS mendedahkan penglibatan pengikut fahaman Jihad Salafi.

mstar.com.my

"Pengikut Jihad Salafi merasakan kerajaan Malaysia yang dianggap sebagai sekular boleh digulingkan menerusi perang jihad. Sepatutnya kita perlu bertindak sebelum sebarang ancaman dilakukan. Dibawah undang-undang sedia ada yang memerlukan bukti kukuh, kita hanya boleh bertindak berdasarkan mod reaktif tetapi kerosakan telah dilakukan," katanya.

kedahnews.com

Menurut Sumber, Kemunculan Militan Seperti Ini Boleh Ditangani Dengan Lebih Berkesan Sekiranya Undang-Undang Tahanan Pencegahan Seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Masih Lagi Berkuatkuasa

Sumber mendakwa kemunculan militan boleh ditangani dengan lebih berkesan sekiranya undang-undang tahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih ada.

mstar.com.my

Ketiadaan undang-undang seperti ISA menyukarkan usaha dalam membanteras gerakan ini.

Image via sheikyermami.com

Dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang menggantikan ISA, polis harus mempunyai bukti kukuh sebelum membuat sebarang penahanan.

kedahnews.com

Dikhuatiri, ISIS mungkin menjadikan Malaysia sebagai sasaran mereka, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui laman Twitter.

mstar.com.my

Tweet Khairy Jamaluddin berhubung isu ISIL.

Image via imgur.com

Apa Pendapat Anda? Adakah Malaysia Dijadikan Sasaran Kumpulan Jihad Salafi Ini?

Cerita Lain Berkaitan Kumpulan Militan ISIS Di SAYS:

You may be interested in: