seismik

“Kucing Kalis Air” - Longkang Tersumbat, Tak Sangka Ada Yang Halang Ini Curi Perhatian

Macam-macam ragam ya kucing ni.

Cover image via @naz92bg (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kucing merupakan haiwan yang sentiasa mempunyai sifat goofy dan personaliti mereka ini tidak akan terlepas untuk menghiburkan hati kita.

Oleh itu, kebanyakan kucing memang selalu buat hal dan secara tidak langsung mereka pasti tanpa sengaja akan merosakkan barang-barang kita.

Seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan dengan lagak selamba seekor kucing yang menjadi punca longkang tersumbat telah mencuit hati netizen.

Lihat video penuh itu dibawah:

Ingatkan sampah yang tersumbat, rupa-rupanya kucing punya angkara

Menerusi video yang dikongsi oleh @naz92bg, kelihatan seekor kucing yang berwarna kelabu sedang santai melepak di dalam longkang kecil. 

Tuan kucing itu menyangka longkang rumahnya tersumbat kerana sampah, lalu dia pun keluar rumah untuk melihat keadaan sebenar.

Apa yang melucukan adalah apabila sebenarnya yang membuat angkara ialah kucingnya sendiri. Haiwan itu tanpa rasa bersalah duduk di dalam longkang dan menghalang air daripada mengalir. 

"Rosak rasanya kucing tu bang, meh saya repair" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M tontonan, 163.5K tanda suka dan 3317 komen.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat selamba kucing tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ish kucing ni kalau sehari tak buat hal tak sah ya! Nasib baik rumah tak banjir :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

You may be interested in: